Searching...
Friday, 8 June 2012
00:30 0

Samsung Series 5 Ultra Convertible


Samsung muncul dengan pembaharuan terbaru buat ultrabook mereka, Samsung Series 5. Kali ini,ultrabook itu didatangkan dengan sistem operasi Windows 8, skrin bersaiz 13.3 inci berciri touch screen dan monitor yang boleh di lipat terbalik untuk membuat ia bertukar ke bentuk tablet. Anda tidak perlu pusing dan tukar skrin sebaliknya hanya tolak dan tekan skrin ke bahagian belakang keyboard kemudian lipat untuk menukar rupa ultrabook ini ke bentuk tablet. Pemegang skrin ultrabook ini memang fleksible tapi perlu perlahan-lahan menolaknya takut cepat patah atau cepat rosak pula. Apabila berada dalam mod tablet Windows 8, Samsung Series 5 Ultra Convertible memiliki ciri sensitif sentuhan pada skrin membolehkan pengguna mengklik menu, ikon dan mengubah paparan pada skrin hanya dengan hujung jari sepertimana menggunakan sebuah tablet, ciri itu tetap ada walaupun berada dalam mod ultrabook di mana apabila pengguna tidak mahu menggunakan touchpad yang tersedia mereka boleh klik terus pada skrin. Ia memerlukan sedikit masa untuk jadi terbiasa.

Kami pasti ia juga dapat digunakan bersama sebatang pen stylus yang boleh dibeli berasingan. SkrinSamsung Series 5 Ultra Convertible mempunyai resolusi maksima 1366×768 piksel, dilengkapi dengan palam USB 3.0, palam USB 3.0, keyboard QWERTY berciri chicklet scrabble, trackpad, palam Ethernet, capaian WiFi dan kerangka fizikal yang nipis selayak sebuah ultrabook. Ia masih mempunyai ciri sebuah ultrabook cuma boleh dilipat 360 darjah untuk menjadikannya sebuah tablet nipis. Setakat ini,Samsung tidak menyatakatkan bilakah pihak mereka akan melancarkan Samsung Series 5 Ultra convertible ke pasaran pengguna dan berapa harga yang bakal di tawarkan. Pada pendapat kami jikaultrabook terbaru ini dijual ia pasti bersaingan hebat dengan dua model ultrabook Samsung sebelum ini – Samsung Series 5 dan Samsung Series 9.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...