Menariknya, ketiga-tiga peranti ini membawakan skrin sentuh penuh, disamping membawakan pelbagai aplikasi menarik padanya, termasuk sehingga 40 permainan EA secara percuma, dan diantaranya adalah Need For Speed The Run, FIFA 12 dan pelbagai permainan yang lain.
Nokia Asha 311 membawakan cip pemprosesan 1Ghz, skrin sentuh WQVGA sebesar 3.0-inci, memori terbina 256MB dengan ruangan kad mikro-SD sehingga 32GB, kamera 3.2-megapixel, dan didatangkan bersama-sama dengan aplikasi Nokia Maps, klien Facebook, Twitter, Nokia Browser dan juga Angry Birds.
Nokia Asha 306 pula merupakan telefon WiFi daripada Nokia, membawakan skrin seluas WQVGA 3.0-inci, kamera 2-megapixel, sokongan kad memori sehingga 32GB. Dari segi daya tahan bateri pula, Nokia mengatakan ianya membawakan sokongan sehingga 25 hari.
Nokia Asha 305 pula membawakan sokongan dwi-SIM, skrin sentuh bersaiz 3.0-inci WQVGA, serta sokongan Easy Swap untuk memudahkan anda bertukar-tukar antara dua-SIM pada masa yang sama.
Dengan pelancaran ini juga, Nokia mensasarkan kepada pasaran mampu milik, selain pada masa yang sama membolehkan ramai yang menggunakan peranti pintar pada harga yang rendah.
Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah ketiga-tiga peranti ini akan tiba di pasaran Malaysia.
0 comments:
Post a Comment