Wednesday, 13 June 2012
Samsung mengeluarkan versi terbaik smartphone Samsung Galaxy S3 untuk Korea sahaja! Versi antarabangsa termasuklah versi yang dijual di Malaysia, model yang Anda dapat adalah Galaxy S3 dengan cip Exynos berciri quad core (empat teras) memiliki RAM 1GB. Versi Amerika pula adalah Galaxy S3 dengan cip Exynos berciri dual core sahaja dengan RAM 1GB juga. Untuk versi Korea Samsung kini bersedia untuk membawa masuk versi terhebat Galaxy S3 yang memiliki cip Exynos quad core dengan amaun RAM sebanyak 2GB. Woa! Nampak bagai tidak adil, kan? Samsung adalah syarikat Korea sebenarnya maka inilah sebab kenapa Samsung memberi sesuatu yang terbaik untuk pengguna mereka di sana. Skrin Samsung Galaxy S3 versi Korea ini tetap muncul dalam saiz 4.8 inci dengan ciri HD, beratnya pula cuma 136.5 gram, nipis cuma 9mm. Samsung Galaxy S3 versi Korea akan diedarkanoleh SK Telekom, syarikat telekomunikasi terkemuka Korea menjelang bulan Julai 2012.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment