Wednesday, 13 June 2012
Harga tablet Amazon Kindle Fire di Amerika kini diturunkan dengan diskaun sebanyak 15%. Setiap pembelian akan diberi diskaun $30 Dolar Amerika dari harga asalnya iaitu $199 Dolar Amerika, menjadikan harga bersihnya selepas diskaun adalah $169 Dolar. Ada dua sebab kenapa harga Kindle Firediturunkan. Sebab pertama, penurunan harga dilakukan bagi menarik minat lebih banyak pembeli. Statistik kuantiti jualan Kindle Fire dari dari Disember 2011 hingga Mac 2012 turun mendadak, jadi perubahan harga boleh menjadi booster untuk mempopularkan semula Kindle Fire. Sebab kedua, harga diturunkan sebagai langkah untuk menyaingi populariti tablet Android milik Google yang akan dipasarkan hasil kerjasama Asus, dinamakan sebagai Asus Nexus 7. Khabar angin dari media maintstream mengatakan tablet Google akan dijual pada harga separas Kindle Fire, maka jika harga Kindle Firedturunkan lebih rendah sedikit dari harga Nexus 7 kemungkinan besar ramai peminat tablet tertarik untu membeli Kindle Fire serta tidak minat untuk membeli Nexus 7 sedangkan spesifikasi komponen kedua-duanya hampir sama. Google sebelum ini gagal menjual Chromebook dan Google TV dengan baik, ramai sangsi keupayaan mereka memasarkan tablet Asus Nexus 7 kali ini. Itu juga salah satu faktor yang diambil kira oleh peminat tablet Android.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment