Syarikat pembuat aplikasi Angry Birds palsu berasal dari negara Latvia yang tidak dinyatakan namanya telah diarah oleh Mahkamah Brtain untuk membayar wang denda sebanyak 50,000 Pound Sterling kerana didapati bersalah mengeluarkan Angry Birds palsu dan aplikasi permainan Cut The Rope palsu kemudian memaparkannya di Google Play sepanjang November tahun 2011. Sebagai tambahan, si pembangun di arah membayar pampasan sebanyak 28,000 Pound Sterling kepada pengguna Android yang telah ditipu. Tindakan sebegini adalah sebagai amaran kepada pembangun lain untuk tidak meniru aplikasi popular sesuka hati. Masalah aplikasi tiruan adalah satu masalah besar yang melanda Google Play hari ini, kebanyakan aplikasi tiruan itu hanya memuatkan dua perkara – virus dan penipuan. Jumlah download kedua-dua aplikasi palsu itu tidak pula dinyatakan, jumlah pengguna Android yang telah menjadi mangsa juga tidak dinyatakan. Namun kes ini menjadi pengajaran kepada pembangun lain.
0 comments:
Post a Comment