Searching...
Saturday 28 June 2014
00:46 0

ARTIS Felixia Yeap Peluk Islam Julai Ini Sempena Hari Jadi

felixia yeapfelixia yeap

Sejak beberapa bulan lalu, nama model berbangsa Cina ini hangat diperkata ramai ekoran dia tampil berhijab dan menutup aurat.

Dan baru-baru ini Felixia Yeap membuat kenyataan kepada akhbar Harian Metro mengesahkan yg dia akan memeluk Islam.

"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan.

Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yg juga seorang Melayu Islam, dia menidakkan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.

Sementara itu, baru-baru ini terdapat poster Felixia yang dimuat naik di laman sosial Facebook yg menjadi tetamu undangan untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahannya sempena bulan Ramadhan yg bakal tiba nanti.

Ceramah yg diberi nama ‘Bicara Santai bersama Ustaz Zukifli Ahmad’ akan diadakan di Surau Al- Ittifaqiah Taman Kajang Impian, Kajang itu terbuka kepada orang ramai.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...