Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:55 0

Apple Untung $11.6 Billion, 3 Bulan Pertama 2012


Apple menjana keuntungan berganda sebanyak $11.6 billion Dolar Amerika dalam masa 3 bulan pertama tahun 2012, jumlah keuntungan Apple kali ini adalah 6 billion Dolar lebih banyak dari jumlah keuntungan yang dicapai oleh mereka untuk tempoh masa 3 bulan terakhir 2011. iPhone 4S menjadi produk terhangat ketika itu (3 bulan terakhir 2011) sehingga berjaya terjual sebanyak 35 juta unit di seluruh dunia, kemudian apabila iPad Terbaru diperkenalkan, sebanyak 12 juta iPad telah berjaya dijual hanya pada pertengahan bulan Mac sahaja. Penjualan tinggi iPhone dan iPad Terbaru menjadikan Apple terus mendominiasi pasaran telefon pintar juga pasaran tablet pengguna mengatasi Android, BlackBerry serta Windows Phone. Pasukan Android nampaknya kena bertambah rajin memperbaiki Android ke tahap lebih bagus jika mahu mengatasi iPhone dan iPad. BlackBerry juga nampaknya perlu terus berinovasi supaya tidak ketinggalan. RIM BlackBerry kerugian besar pada awal tahun 2012.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...