Searching...
Saturday 28 June 2014
00:44 0

DUNIA Kisah sebenar di sebalik kisah gadis didakwa murtad

 

Dua hari lepas TikaqBuloh telah menerima kiriman email daripada seorang hamba Allah yg mendakwa sebagai seseorang yang cukup mengenali saudari Wahidah yg ceritanya murtad telah banyak disebarkan di laman sosial.

Dalam episod pertama TikaqBuloh juga telah memaparkan kisah ini. Untuk rujukan sila klik link di atas. Berikut ialah isi kandungan email yg TikaqBuloh terima daripada hamba Allah yang namanya terpaksa TikaqBuloh rahsiakan atas permintaan beliau. Diharap dapat memberi sedikit pencerahan kepada pembaca yg pernah mengikuti kisah ini.

As salam saudara TikaqBuloh,

Saya ingin memberikan sedikit pencerahan tentang gadis yg bernama Wahidah yg kisah murtadnya saudara blogkan...Sebenarnya, beliau telah disahkan mempunyai masalah mental..gadis ini memang sangat brilliant tetapi Allah mengujinya dan keluarganya dengan penyakit mental..Dia pernah diwadkan di Hospital Kangar selama beberapa bulan disebabkan oleh penyakit ini, oleh itu segala kata-katanya tidak boleh diambil serius.


Ingin saya katakan keluarganya memang mengalami tekanan disebabkan oleh masalah ini..Saya tahu tentang dirinya kerana saya adalah sepupunya.....


Mohon sebarkan pencerahan saya ini untuk mengelakkan fitnah.....Dan mohon rahsiakan identiti saya.....Jika saudara ingin bertanya lebih lanjut tentang perkara ini, sila hubungi saya ya...

Sama ada masalah mentalnya beransur pulih ataupun tidak agak susah untuk saya agak kerana dia perlu sentiasa mengambil ubat...Sekiranya dia lalai, masalah itu akan muncul kembali...

Setahu saya dia belum murtad sebab dia masih mendirikan solat apabila keadaannya okay... Wallahualam...

Sekian...

Wassalam...

Admin hanya menyampaikan amanah yg telah diberikan kepada admin untuk membuat sedikit pencerahan tentang kisah saudari Wahidah yang didakwa ramai orang telah murtad. Kepada sesiapa yg membaca dan kebetulan mengenali Wahidah silalah email tikaqbuloh. Bagi admin ini ialah isu besar kerana melibatkan agama.


 

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...