Searching...
Thursday 3 May 2012
00:22 0

SteelSeries 7H Fnatic Gaming Headphone


Fnatic 7H merupakan gaming headset terbaru yang kami temui, ia dikeluarkan oleh SteelSeries. Oleh kerana ia dicipta sebagai headset (juga dipanggil headphone) untuk pengguna komputer yang gilakan aktiviti gaming, ia dipasang dengan beberapa ciri terbaru untuk memberikan kepuasan maksima.Headphone ini memiliki audio tahap tinggi yang sungguh bagus ketika bermain games, menonton video atau simply mendengar lagu-lagu mp3. Kualiti bunyinya dikatakan mampu menyaingi kualiti bunyi dari headphone Beats By Dr Dre, Altec Lansing atau Harmon Kardon. SteelSeries merupakan jenama gamingyang kurang di minati di Malaysia kerana kebanyakan gamers di sini sukakan jenama Logitech dan Razer. Headphone ini dipasang dengan SNDBlock, pelapik berkuysen lembut untuk menghalang bunyi dari luar memasuki telinga, ia juga dilengkapi mikrofon ‘pull-out’ untuk voice chat, serta dipasang dengan fungsi bunyi bass. Harga headphone SteelSeries Fnatic 7H di Malaysia adalah RM420, harganya di pasaran global adalah $139.99 Dolar Amerika, boleh dibeli melalui Amazon. Senarai spesifikasi dan ciri hebat yang ada padanya disediakan oleh laman web SteelSeries, klik pada link sumber kami di bawah untuk Anda masuk ke sana.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...