Searching...
Thursday 3 May 2012
00:19 0

Nokia PureView 808 Dijual Mulai Mei 2012



Nokia Pure View 808 dengan kamera 41 megapiksel dilengkapi kanta Carl Zeiss akan mula di jual ke seluruh dunia bermula pada Mei 2012, Nokia memberi kenyataan bahawa India dan Russia akan jadi negara pertama untuk mereka memasarkan PureView 808 ketika memperkenalkannya di MWC 2012, maknanya peminat Nokia PureView 808 di Malaysia hanya akan menerima ketibaan smartphone terbaru ini sebulan kemudian (mungkin lebih awal).
Telefon bimbit Nokia ini dibina melalui kajian selama 5 tahun, telah dinobatkan dengan anugerah Best Mobile Device ketika di Mobile World Congres 2012 juga Best Imaging Innovation 2012 dari Technical Image Press Association (TIPA). PureView 808 di reka sebagai smartphone untuk aktiviti fotografi mudah alih menggunakan telefon bimbit di mana Anda boleh memanfaatkannya sebagai telefon juga kamera digital dengan hasil professional.
Harga Nokia PureView di Malaysia dijangka berada pada RM1,999-RM2,200. Imej yang Anda tangkap menggunakan PureView 808 boleh diupload terus ke laman sosial seperti Twitter, Facebook atau blog peribadi pemiliknya. Sayangnya, Instagram tidak ada dicipta untuk Windows Phone, manakala Nokia PureView 808 pula menggunakan Windows Phone sebagai sistem operasi. Jika anda minat mahu mengetahui spesifikasi komponen dalaman Nokia PureView 808 secara detail, dapatinya di laman GSM Arena.
[ sumber Nokia Press Release ]

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...