Searching...
Thursday 3 May 2012
00:24 0

Motorola Menang Kes ‘Slide To Unlock’ Lawan Apple


Motorola memenangi kes saman mahkamah yang mulanya di failkan oleh Apple atas perebutan paten, sebelum ini Apple menyaman Motorola kerana meniru paten ciri ‘slide to unlock’ ciptaan mereka untukiPhone. Kes itu akhirnya di menangi oleh Motorola setelah hakim yang mengadili kes itu mendapati bahawa dakwaaan Apple tidak benar sama sekali kerana ciri slide to unlock tidak menyamai ciri tap to unclokpada telefon bimbit Android buatan Motorola. Kes perebutan perang intelek antara Motorola dan Apple dihakimi oleh Judge Richard A. Posner, kes disebut di dalam Mahkamah Persekutuan Chicago. Kes ini adalah antara beberapa kes yang difailkan oleh Apple terhadap Motorola, kes-kes lain akan dimulakan prosidingnya bermula pada 11 Jun 2012. Apple serius memerangi Android kerana menganggap Android salah satu produk tiruan terhadap iPhone yang dikeluarkan Apple. Selain Motorola, Apple turut menyaman Samsung.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...