Searching...
Friday 20 April 2012
17:17 0

Takkan Ada Lagi ‘Magik’ Azlan Dan Ziana Zain

Meskipun kolaborasi bertenaga antara diva pop, Ziana Zain dan penyanyi bersuara nyaring, Azlan The Typewriter ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) telah menjadi bualan hangat.

Tetapi menurut Azlan, gandingan magik berkenaan disifatkannya cukup istimewa lagi sempurna. Namun tidak bermakna ianya akan berulang buat kesekian kalinya dalam mana-mana acara, apatah lagi dalam sebuah album.

“Apa yang telah anda saksikan di ABPBH 2011 adalah sebuah persembahan yang cukup mahal dan ianya hanya boleh dibuat sekali sekala.

“Saya tak rasa magik yang sama akan berulang sekiranya kami digandingkan sekali lagi,” katanya yang ditemui selepas majlis perlancaran klip video lagu Idola yang dinyanyikan Azlan sendiri untuk filem muzikal Hoore! Hoore!

Ziana Zain dan Azlan telah digandingkan untuk menyanyikan lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu pada malam kemuncak ABPBH 2011 di Genting Highlands, baru-baru ini.

Azlan mengakui, kuasa yang ada pada Ziana Zain sangat kuat, sehingga dia tidak sedar bahawa persembahannya pada malam kemuncak berkenaan telah mendapat tepukan bergemuruh daripada penonton.

Malah katanya, ketika dua sesi latihan bersama pelakon Maria Mariana sehari sebelum acara, tidak banyak keistimewaan terjadi, namun apabila di atas pentas sebenar, semuanya berubah bagaikan mimpi.

Menyifatkan Ziana Zain sebagai Queen of Rock, Azlan sangat terharu apabila diberikan kesempatan bergandingan dengan penyanyi lagenda berkenaan yang juga merupakan idolanya sejak di zaman remaja.

“Bagi saya, dia (Ziana Zain) adalah lagenda dan saya tidak menyangka, dalam usia begitu dan sudah bergelar ibu, Ziana Zain masih bertenaga serta masih mampu membawakan lagu Anggapanmu dengan menggunakan key asal lagu berkenaan.

“Jadi, jika ada orang kata Ziana Zain tidak boleh menyanyikan lagu-lagu asalnya, saya boleh katakan dakwaan itu salah. Ziana Zain telah berjaya membuktikan dia masih hebat seperti dulu,” katanya

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...