Searching...
Friday 20 April 2012
17:15 0

Ning Baizura Sudah Sedia Bergelar Ibu


KUALA LUMPUR, 20 APRIL 2012: Penyanyi popular, Ning Baizura Hamzah ,37, mengaku di hadapan ratusan peminatnya bercadang untuk menimang cahaya mata pada penghujung tahun ini.

Dia berkata demikian sebaik saja mengundang seorang peminat yang kebetulan hamil ke atas pentas sempena persembahan Minggu Setiausaha Ning Baizura di Hotel Federal di sini sebentar tadi.

Dia sempat meminta izin peminat berkenaan untuk memegang perutnya untuk mengambil berkat supaya niatnya untuk hamil akan tercapai seperti yang dirancang.

Jelas Ning Baizura, sudah tiba masanya untuk dia melahirkan zuriatnya sendiri dalam masa terdekat bagi menyerikan perkahwinannya bersama suaminya Omar atau Chris Dalton.

Malah jelas Ning Baizura kepada peminat istimewanya, dia sudah bersedia untuk bergelar ibu dan melupakan seketika urusan seni nyanyian.

Dalam persembahan selama satu jam itu, Ning Baizura telah sempat menyanyikan lagu-lagu popularnya dan tidak ketinggalan deretan lagu madley dari Diva antarabangsa Whitney Houston. - murai

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...