Searching...
Friday 25 May 2012
14:26 0

16 Selebriti Popular ‘Berperang’ Di Dapur


KUALA LUMPUR – Seperti yang telah diumumkan tidak lama dahulu, program realiti yang berteraskan bidang masakan iaitu Master Chef Selebriti Malaysia kini bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu hingga Selasa jam 9.00 malam bermula 26 Mei ini.

Menurut kenyataan rasmi daripada Astro, rancangan yang akan disiarkan secara eksklusif di Astro Ria menerusi Saluran 104 itu julung-julung kalinya diterbitkan itu bakal menampilkan 16 orang selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing.

“Barisan artis yang akan terbabit ialah Datuk Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.

“Di samping itu, Astro Ria mengajak orang ramai yang berminat untuk menjadi Master Chef Malaysia yang seterusnya untuk menghadiri sesi ujibakat yang akan diadakan di beberapa lokasi terpilih bermula 26 Mei 2012 ini,” ujar kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Berikut adalah lokasi ujibakat tersebut:

26 Mei 2012
Sarawak Tourism Complex (Old Courthouse, Kuching).
The Pacific Sutera Hotel, Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah.

2 Jun 2012
Hyatt Regency Kuantan Resort, Telok Chempedak, Pahang.
PERSADA Johor, Johor International Convention Center, Johor Bahru.

9 Jun 2012
Akan diberitahu kelak

16 Jun 2012
Taylor’s College, Kuala Lumpur.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...