Searching...
Thursday 24 May 2012
12:24 0

Bantu Tangkap Osama, Doktor Dipenjara 33 Tahun


PESHAWAR – Seorang doktor bedah Pakistan yang direkrut oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) bagi membantu mencari pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden, dihukum penjara 33 tahun atas kesalahan belot.

Shakeel Afridi yang dipecat dua bulan lalu, didapati bersalah mengikut sistem kehakiman puak Khyber, sebahagian daripada kawasan separuh autonomi Pakistan.

Selain dipenjara, dia juga didenda AS$3,500 (RM10,500).

Afridi tidak diberi peluang mempertahankan diri dan mengikut undang-undang puak, dia tidak dibenarkan melantik peguam.

“Dia dihukum penjara 33 tahun kerana didakwa belot dan sudah dihantar ke penjara pusat Peshawar selepas keputusan itu diumumkan,” kata jurucakap pentadbiran Khyber, Mohammad Siddiq.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...