Searching...
Thursday 14 June 2012
22:16 0

NGO terkejut seminar AG minta RM1,000




Kumpulan NGO yang diundang menghadiri seminar berhubung kebebasan berhimpun anjuran Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara "terkejut" apabila apabila diminta bayaran penyertaan sebanyak RM1,000.

Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Pulau Pinang (PPPM) K Koris Atan berkata, beliau berkata, seminar itu dijadual berlangsung pada 20 dan 21 Jun di Putrajaya.

Koris (kanan) mempersoalkan tujuan kerajaan memberikan maklumat kepada orang awam apabila bayaran yang terlalu mahal untuk NGO dikenakan.



Naib Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia itu juga membangkitkan sama ada jabatan itu cuba memperolokkan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjadikan NGO sebagai jambatan antara kerajaan dan orang awam.

"Kami terkejut dan sedih apa yang agensi kerajaan ini lakukan. Kerajaan patut menyalurkan maklumat secara percuma kerana menjadi tanggungjawabnya memastikan orang ramai maklum berhubung perkembangan baru undang-undang itu," kata Koris.

"NGO boleh bertindak sebagai orang sumber dan mereka akan kembali dengan membawa maklumat kepada orang awam, jadi tidak adil membuatkan kami membayar harga yang tinggi kerana membantu kerajaan menjalankan tugasnya," katanya.

Seminar itu bertujuan menjelaskan peserta kepada perkembangan terkini berhubung gagasan idea, terumtanya tentang Akta Perhimpunan Aman 2012.

Bayaran RM1,000 dikenakan terhadap agensi swasta, NGO, orang awam, firma guaman dan mahasiswa guaman.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...