Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:59 0

Asus Transformer TF101 Kini Menerima Update Android 4 Ice Cream Sandwich



Pengguna Asus Transformer TF101 di Amerika kini mendapat update naik taraf ke Android 4 Ice Cream Sandwich, versi terbaru Android pada ketika ini. Namun untuk pengguna di Malaysia, kami masih belum ada berita mengenainya, menjadikan kami sukar untuk mengesahkan sama ada pengguna Asus Transformer di Malaysia turut sama mendapat update ke Android 4 itu atau tidak.

Asus baru saja mengeluarkan firmware update bernombor siri 9.2.1.21 untuk menaiktaraf keupayaan komponen disertakan bersama update Android 4 ICS yang akan di download oleh pemilik Asus Transformer nanti. Selepas di install beberapa perubahan akan kelihatan – antaranya perjalanan sistem yang lebih stabil, ciri email yang juga stabil, penambahan aplikasi terbaru AppBackup, versi my MyLibrary yang lebih stabil, sokongan untuk WiFi Direct, fungsi unzip pada File Manager. Android 4 Ice Cream juga membawakan beberapa perubahan terbaru – paling popular adalah ciri FaceUnlock.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...