Searching...
Tuesday 1 May 2012
13:57 0

iPad Terbaru Kekal Laris Mengatasi iPad 2, Harga Bukan Persoalan


Sejak mula dibuka untuk pembelian bermula 16 Mac 2012, 3 juta unit iPad Terbaru terjual dalam masa seminggu selepas tarikh pelancaran rasminya bahkan menjadi model iPad paling laris pernah dijual dalam sejarah Apple. Jumlah jualan iPad secara keseluruhan merangkumi jualan iPad generasi pertama hingga ke iPad generasi ketiga adalah sebanyak 67 juta unit. Walaupun harga iPad 2 diturunkan namun jualan iPad Terbaru tetap menceracak naik, nyatalah bukan harga menjadi faktor kenapa peminat mahu membeli iPad tapi teknologi terbaru yang ada di dalamnya. Kebanyakan pembeli iPad Terbaru mahu memiliki iPad generasi ketiga ini kerana mahu ciri-ciri bagus yang tidak ada pada iPad generasi pertama juga iPad 2 – Retina Display, cip A5X jenis quad core yang pantas serta bergrafik tinggi, capaian 4G, video playback ciri HD pada 1080 piksel, bateri tahan hingga 10 jam, resolusi maksima sebanyak 2048×1536 piksel. Di Malaysia, kami menjangka jualan iPad Terbaru kekal laris mengatasi iPad 2.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...