Searching...
Wednesday, 2 July 2014
08:29 0

BERITA Pasangan Model ini Dicekup Berkhalwat Di Bulan Ramadan


Apa nak jadi? Baru sahaja Puasa bulan Ramadhan bermula sudah ada kes ditangkap khalwat pada hari semalam. Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar malam tadi ketika umat Islam sedang gigih melakuKn solat tarawih dan amal ibadat.

Gadis berusia 24 tahun itu yg dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yg berusia 25 tahun yg menetap di Langgar, Alor Setar.

Pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat. Macam-macam la alasan yg keluar bila dah jadi macam ni kan? Janganlah kita contohi sikap seperti mereka ini. Nauzubillah

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yg sah.

 

08:27 0

SEMASA! Seorang Gadis Melayu Bangga Tiada Dara Dalam Facebook

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan untuk semua muslim. Entri yg akan diceritakan kali ini agak panas membara. Apa dah jadi ni apabila Seorang gadis melayu bangga memberitahu bahawa beliau tiada dara kepada kawan-kawan facebooknya. MasyaAllah. Macam-macam la perangai budak-budak zaman sekarang ini. Mungkin sudah petanda akhir zaman apabila seorang muslim bangga melakukan maksiat. Nauzubillah






 

08:25 0

BERITA Video Penyamun Samun Masjid Ketika Orang Ramai Sedang Khusyuk Solat


Anda mesti tidak percaya dngan kisah seperti ini. Ada juga individu yang sanggup menggunakn peluang apabila orang tengah kusyuk solat untuk mencuri. Ketika orang ramai sedang khusyuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun telah mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid Al Hasanah.

Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yg terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yg ditinggalkan kakitangan pejabat.

Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini. Semoga Allah membalas perbuatannya dengan setimpal.
Monday, 30 June 2014
06:45 0

ARTIS Amanda Misbun: Setahu Saya Kakak Bahagia



 




Pelakon Amanda Misbun enggan memberi sebarang komen mengenai penyebaran dua keping gambar kakaknya Rozana Misbun yg menunjukkan kecederaan seperti dipukul seseorang.

Menurut Amanda lagi, tiada apa yg boleh dilakukan sekarang selain berdoa yg terbaik untuk rumah tangga kakaknya itu.

?Maaf, saya tidak boleh memberi sebarang komen memandangkan saya tidak layak berbuat demikian. saya juga tidak boleh sahkan sama ada itu gambar dia.

?Saya harap semua orang boleh tunggu, sebab ada orang yg boleh menjelaskan keadaan sebenar," katanya .

Ditanya keadaan rumah tangga kakaknya dengan penyanyi rock Awie, jelas Amanda, setahunya kedua mereka bahagia. Malah dia juga pernah bertemu dengan kakaknya sebelum ini dan nampak sihat.

?Keluarga kami memang tidak campur soal rumah tangga, sebab itu lebih kepada masalah peribadi.

?Tetapi setahu saya kakak saya bahagia, saya ada berjumpanya sebelum ini dia nampak elok," katanya.

Khabar angin itu turut mengatakan kakaknya itu berlaku kejam ke atas dua anak tirinya selain tidak amanah dalam menguruskan kewangan Awie.

Kata Amanda, semua itu tidak benar memandangkan kedua-dua anak daripada perkahwinan Awie bersama bekas isteri, Arni Nazira sebelum itu nampak sihat.

?Setelah sembilan tahun mereka berkahwin kenapa baru timbul kisah-kisah begini. Saya anggap ini hanya khabar angin sahaja," katanya.

Dua minggu lalu, heboh memperkatakan penyanyi rock terkenal Awie memukul isterinya di sebuah bank di ibu negara. Bagaimanapun Awie segera menafikan perkara tersebut dan meminta pihak menunjukkan bukti kejadian tersebut.

Bagaimanapun semalam penyebaran dua keping gambar isterinya, Rozana yg menunjukkan kecederaan seperti dipukul kembali dikaitkan dengan kejadian sebelum ini.
06:44 0

INFO Apakah Hukum Muntah dan Termuntah Masa Puasa?



 



Muntah dan Termuntah Masa Puasa?

Ada yg menyatakan sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yg termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yg sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).

Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yg memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya

Apakah Hukum Muntah dan Termuntah Masa Puasa?

06:42 1

BERITA EDISI MENAHAN LUKAH : DICEKUP BERKHALWAT DI BULAN RAMADHAN


Di kala umat Islam menyambut kedatangan Ramadan dengan melakukan solat Tarawih dan amal ibadat, lain pula yg terjadi di Alor Setar, Kedah.

Seorang model sambilan dicekup berkhalwat bersama pasangannya di sebuah hotel di Lebuhraya Darulaman, Alor Setar, malam tadi.

Wanita berusia 24 tahun itu dipercayai berasal dari Selangor dikatakan datang ke Kedah semata-mata untuk menemui kekasihnya yg berusia 25 tahun yg menetap di Langgar, Alor Setar.

Menurut pasangan itu mereka bercadang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini dan memberi alasan mereka sedang bersiap untuk menonton bola sepak Piala Dunia di sebuah restoran 24 jam sebelum mereka dicekup berkhalwat.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Undang-Undang Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Mohd Roshidi Mahmud yg mengetuai operasi itu berkata, pasangan itu ditahan dalam operasi bermula jam 11 malam hingga 2 pagi tadi.

Hasil soal siasat, pasangan itu mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan yg sah.

Dalam serbuan berasingan di sebuah hotel di Jalan Putra, anggota JAIK turut menahan beberapa pasangan lain.

Kesemua mereka dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam Kota Setar untuk disiasat dan direkod keterangan, sebelum dibebaskan dengan jaminan keluarga.

Mohd Roshidi berkata, pihaknya akan meneruskan operasi membanteras kegiatan maksiat walaupun pada bulan puasa untuk membendung gejala tidak bermoral di kalangan remaja dan umat Islam di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya orang ramai tidak mengambil kesempatan melakukan maksiat di bulan Ramadan ini kerana anggotanya akan terus bertugas setiap hari.
06:40 0

INFO JANGAN MAKAN DENGAN TANGAN KIRI


 



JANGAN MAKAN DENGAN TANGAN KIRI



JANGAN MAKAN DENGAN TANGAN KIRI

Sempena puasa dan adab berbuka puasa hal ini perlu diingatkan.

Makan dengan tangan kanan adalah adab makanan yg paling zahir dalam majlis makan muslim. Ia lambang yg nyata dan adab yg tertonjol. Dalam hadis lain baginda menyebut:


“Apabila seseorang kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Apabila dia minum, minumlah dengan tangan kanannya. Ini kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri” (Riwayat Muslim).




Hadis ini hendaklah difahami di sudut spiritualnya. Baginda bercakap di sudut spiritual yg hanya dapat difahami oleh orang yg menghayatinya. Sikap anti-syaitan diajar oleh Islam sehingga kita disuruh berbeza dengannya dalam segala cara, termasuk cara makan.
Makan ataupun minum dengan tangan kiri adalah amalan syaitan. Islam menyatukan budaya makan dengan menjadikan tangan kanan sebagai adab makan yg jelas kelihatan bagi orang muslim.

Malangnya, masih ada yg makan ataupun minum dengan tangan kiri. Ini termasuk mereka yg menggunakan garpu (folk) untuk menyuap lauk ataupun makanan lain ke mulut. Juga mereka yg minum tangan kiri kononnya kerana tangan kanan ada bekas makanan. Kesemuanya ini dilarang oleh Nabi s.a.w dan ditegaskan ia menyamai cara syaitan.

06:38 0

ARTIS Johan As’ari: Saya Buat Laporan Polis Kerana Mahu Hak Saya


 





“Ya, Zizan ada hubungi saya menerusi aplikasi ‘Whatsapp’ selepas saya memberi kenyataan kepada Harian Metro baru-baru ini,” jawab pelakon yg juga artis naungan Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Johan As’ari, susulan isu pembekuan akaun oleh Pengarah Urusan WFE Zizan Razak.

Bagaimanapun ketika ditanya apakah kandungan ‘Whatsapp’ daripada Zizan, Johan hanya tersenyum dan berkata perkara tersebut biarlah hanya dia Zizan sahaja yg tahu.

Menurut Johan dia memberi kenyataan tersebut kepada Harian Metro baru-baru ini kerana kecewa dengan tindakan Zizan yg mengarahkan bank menyekat akaun syarikat.

“Saya bengang kerana perbuatan dia benar-benar menyusahkan kami di WFE. Kebetulan saya memerlukan wang untuk keperluan harian selain melangsaikan bil hospital ibu yg sedang sakit.

“Saya tidak bencikan Zizan, tetapi saya bencikan tindakan dia. Saya sayangkan dia cuma terkilan, kerana dia kawan kami dan sebagai seorang pengarah syarikat, dia perlu profesional dan berfikir lebih bijak sebelum membuat tindakan," katanya.

Perkara tersebut telah membuatkan Johan dan Kaka Azraf membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya pada 25 Jun lalu.

Johan ditemui pada sebuah sidang media khas yg dianjurkan oleh Pengarah Urusan Wire Fame, Marina Juki di hotel Holliday Villa di sini pada petang Khamis.

Dalam pada itu Johan turut memberitahu kontraknya dengan WFE sudah pun tamat pada Mei lalu dan dalam proses untuk memperharuinya.

“Sebenarnya kontrak tersebut masih belum siap dan masih dalam proses untuk disiapkan, tetapi disebabkan kemelut yg berlaku, ia tergendala.

“Saya nak tunggu dulu konklusi masalah ini dan tunggu selesai Zizan dan Marina menyelesaikan masalah Wire Fame barulah saya akan memikirkan semula sama ada mahu menyambung kontrak dengan syarikat itu atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan bakal muncul dengan filem Juvana 2 dan Juvana 3, Tujuh, Kanang Anak Langkau, Gangster Superstar serta Ophilia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...