Searching...
Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts
Wednesday, 2 July 2014
08:25 0

BERITA Video Penyamun Samun Masjid Ketika Orang Ramai Sedang Khusyuk Solat


Anda mesti tidak percaya dngan kisah seperti ini. Ada juga individu yang sanggup menggunakn peluang apabila orang tengah kusyuk solat untuk mencuri. Ketika orang ramai sedang khusyuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun telah mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid Al Hasanah.

Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yg terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yg ditinggalkan kakitangan pejabat.

Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini. Semoga Allah membalas perbuatannya dengan setimpal.
Sunday, 22 June 2014
18:20 0

BERITA 2 Lelaki Dipenjara Lempar Babi dalam Masjid

alt



Dua individu yg melontar babi ke dalam sebuah masjid di Scotland pada Januari tahun lalu, dihukum penjara oleh sebuah mahkamah di sini, semalam.

Douglas Cruikshank, 39, dihukum penjara selama sembilan bulan dan Chelsea Lambie, 18, dipenjara selama 12 bulan di pusat tahanan juvana selepas didapati bersalah mengancam dan mengganggu keselamatan orang lain ekoran serangan tersebut di Masjid Pusat Edinburgh.

Mahkamah turut mendapati kedua-dua lelaki tersebut mempunyai kaitan dengan kumpulan berhaluan kanan, Liga Pertahanan Scotland yang anti-Islam.


"Masyarakat Islam merupakan sebahagian penduduk penting di Scotland dan tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan pada zaman moden negara ini," kata pendakwa raya, John Logue selepas hukuman dibacakan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...