Searching...
Showing posts with label SEORANG. Show all posts
Showing posts with label SEORANG. Show all posts
Wednesday, 2 July 2014
08:27 0

SEMASA! Seorang Gadis Melayu Bangga Tiada Dara Dalam Facebook

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan untuk semua muslim. Entri yg akan diceritakan kali ini agak panas membara. Apa dah jadi ni apabila Seorang gadis melayu bangga memberitahu bahawa beliau tiada dara kepada kawan-kawan facebooknya. MasyaAllah. Macam-macam la perangai budak-budak zaman sekarang ini. Mungkin sudah petanda akhir zaman apabila seorang muslim bangga melakukan maksiat. Nauzubillah






 

Monday, 30 June 2014
06:31 0

BERITA Seorang Anggota PDRM Maut Setiap Hari


 




Sekurang-kurangnya seorang pegawai atau anggota polis meninggal dunia dalam tempoh sehari. Itulah hakikat perjalanan hidup tonggak Sang Saka Biru yg tidak pernah jemu mempertahankan dan memastikan negara ini sentiasa dalam keadaan aman dan damai.

Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, secara purata seramai 32 pegawai dan anggota polis meninggal dunia dalam tempoh sebulan sepanjang tahun ini.


Katanya, ketika pihak tertentu menuding jari kepada PDRM kononnya ganas dan menyalahguna kuasa, ramai tidak tahu seramai 1,342 pegawai dan anggota polis maut manakala 359 yg lain cedera dan terlantar akibat hilang upaya kekal ketika melaksanakan tugas menjaga keamanan negara bagi tempoh lima tahun dari 2010 hingga Mei tahun ini.

“Jumlah itu membabitkan pegawai dan anggota yg terbabit kemalangan, iaitu bencana ketika bertugas serta ketika dalam perjalanan pergi dan pulang ke lokasi tugasan.

 “Sepanjang 2010 saja, tujuh maut manakala 26 cedera ketika bertugas manakala 354 maut dan 25 cedera berpunca daripada sakit akibat tekanan kerja dan kemalangan ketika dalam perjalanan ke lokasi tugasan.

“Pada 2013 pula, 18 maut ketika bertugas, termasuk lapan yg terkorban dalam insiden Lahad Datu, manakala 55 lagi cedera ketika bertugas.

“Berdasarkan statistik itu, sekurang-kurangnya seorang pegawai atau anggota meninggal dunia setiap hari. Walaupun kita tidak minta, tetapi ini adalah hakikatnya,” katanya kepada Metro Ahad, baru-baru ini.

Mohamad Fuzi berkata, statistik itu turut membuktikan setiap saat pegawai dan anggota polis terdedah kepada pelbagai risiko dan ancaman ketika melaksanakan tugas murni mempertahankan negara.- Metro

Monday, 23 June 2014
14:51 0

BERITA SAYA CUBA BAYAR RM100 SEBULAN KEPADA ANUAR, SEBAB SAYA SEORANG NELAYAN - PAPA GOMO




 



“Saya cuba mohon dngan mahkamah untk bayar RM100 sebulan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sekarang hanya bekerja sebagai nelayan,” kata pengendali blog Papa Gomo selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000.

Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papa Gomo) berkata demikian kepada pemberita di luar mahkamah dan turut memberitahu bahawa telah menjual saham miliknya di KL POS Media & Production Sdn Bhd.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Rosilah Yop bagaimanapun menasihatkan beliau supaya berbincang perkara itu dngan Anwar sendiri.

Hari ini Rosilah menolak permohonan Wan Muhammad Azri dengan kos RM5,000, di dalam kamar dngan dihadiri peguam Shahid Adli yg mewakili Anwar dan Wan Muhammad Azri, yg mewakili diri sendiri.

Shahid berkata Rosilah membuat keputusan itu atas alasan tiada sebab untk membenarkan penangguhan.

Tambahnya, rayuan Wan Muhammad Azri terhadap keputusan Rosilah yg memerintahkan ganti rugi RM800,000 dan kos RM50,000 telah ditetapkan pada 24 Jun untuk pengurusan kes di depan timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Feb, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yg dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Kalau seratus sebulan berapa lama boleh selesai? :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...