Searching...
Showing posts with label SOLAT. Show all posts
Showing posts with label SOLAT. Show all posts
Wednesday, 2 July 2014
08:33 0

INFO! Fadhilat & Kelebihan Solat Tarawih di bulan Ramadhan



Sudah pasti kita sebagai seorang muslim sedang menjalani ibadah Puasa Ramadhan kan? Disini admin ingin kongsikn fadhilat dan kelebihan malam-malam solat Terawih.

FADHILAT DAN KELEBIHAN SOLAT TARAWIH

(Sahaja aku sembahyang sunnat tarawih dua rakaat [aku ma’amum] kerana Allah Taala)


Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan bagindaketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.Baginda bersabda bahawa:
Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yg beriman sebagaimana keadaannyabaru dilahirkan.
Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yg beRiman yg mengerjakan solatTarawih, serta dosa- dosa kedua ibubapanya.
Malam ke 3
Para malaikat di bawah 'Arasymenyeru kepada manusia ygmengerjakan solat Tarawih itu agarmeneruskan solatnya pada malarn-malam yg lain, semoga Allah akanmengampunkan dosa-dosa mereka.
Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solatTarawih akan memperolehi pahalasebagaimana pahala yg diperolehioleh orang-orang yg membacakitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakanpahala seumpama pahala orang-orang yg mengerjakansembahyang di Masjidil Haram,Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakankepadanya pahala seumpama pahalamalaikat-malaikat yang bertawaf diBaitul Makmur serta setiap batu dantanah berdoa untuk keampunanorang-orang yang mengerjakantarawih malam itu.
Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemudengan Nabi Musa a.s sertamenolong Nabi itu menentangmusuhnya Fir'aun dan Hamman.
Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahalaorang yang bersolat tarawihsebagaimana pahala yangdikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.
Malam ke 9
Allah S.W.T akan mengumiakanpahala dan dinaikkan mutu ibadathamba-Nya seperti Nabi Muhammads.a.w.
Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepadakebaikan dunia dan akhirat.
Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaanbersih dari dosa seperti barudilahirkan.
Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada harikiamat dengan muka yangbercahaya-cahaya.
Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman sentosa darisebarang kejahatan dan keburukan.
Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datangmenyaksikan mereka bersolatTarawih serta Allah S.W.T. tidak akanmenyesatkan mereka.
Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasydan Kursi akan berselawat danmendoakannya supaya Allahmengampunkannya.
Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya darikalangan mereka yang terlepas dariapi neraka dan dimasukkan ke dalamsyurga.
Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginyapahala pada malam ini sebanyakpahala Nabi-Nabi.
Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahaihamba Allah sesungguhnya Allahtelah redha denganmu dan dengankedua ibu bapamu (yang masih hidupatau yang sudah mati).
Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikandarjatnya di dalam syurga firdaus.
Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanyapahala sekelian orang yang matisyahid dan orang-orang soleh.
Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknyasebuah mahligai di dalam syurgayang diperbuat dari cahaya.
Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat didalam keadaan aman dari sebaranghuru-hara pada hari tersebut.
Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknyasebuah bandar di dalam syurgadaripada cahaya.
Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluanguntuk dua puluh tahun ibadat bagiorang-orang yang mengerjakan solatTarawih pada malam tersebut.
Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksakubur darinya.
Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakanpahala empat puluh tahun ibadatbagi orang-orang yang mengerjakansolat Tarawih pada malam tersebut.
Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakankepadanya kemudahan untukmelintasi titian sirat sepantas kilat.
Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkankedudukannya seribu darjat diakhirat.
Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakankepadanya pahala seribu haji yangmabrur.
Malam ke 30

Allah S.W.T akan memberipenghormatan kepada orang yangbertarawih pada malam terakhirdengan firman-Nya (yangbermaksud): Wahai hambaku!,makanlah segala jenis buah-buahanyang Engkau ingini untuk dimakan didalam syurga dan mandilah kamu didalam sungai yang bernama salsabilserta minumiah air dari telaga yangdikurniakan kepada Nabi Muhammads.a.w. yang bernama Al-Kautsar.Selain daripada fadhilat-fadlulat yang tersebut di atas, terdapat banyak dan berbagai lagi fadhilat dan keutamaan solatTarawih atau , Qiam. Ramadhan ini bagaimana yang disebutkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w.


SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWI

 

08:25 0

BERITA Video Penyamun Samun Masjid Ketika Orang Ramai Sedang Khusyuk Solat


Anda mesti tidak percaya dngan kisah seperti ini. Ada juga individu yang sanggup menggunakn peluang apabila orang tengah kusyuk solat untuk mencuri. Ketika orang ramai sedang khusyuk menunaikan solat zuhur, seorang penyamun telah mengambil kesempatan mencuri di dalam pejabat masjid Al Hasanah.

Dalam masa seminit lebih sahaja, penyamun dalam rakaman ini dilihat menyapu barang berharga yg terlihat olehnya termasuk komputer riba dan telefon pintar yg ditinggalkan kakitangan pejabat.

Berdasarkan CCTV, pejabat tersebut dipercayai tidak berkunci sekaligus memudahkan kerja penyamun ini. Semoga Allah membalas perbuatannya dengan setimpal.
Sunday, 29 June 2014
05:38 0

ISLAMIK SIAPAKAH YANG MEMULAKAN SOLAT TARAWIH BERJEMAAH?



 







Solat tarawih berjemaah yg pertama dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Sesiapa yg membaca hadis, akan menemui hal ini. Daripada Aishah r.aha:

“Sesungguhnya RasululLah s.a.w keluar pada suatu pertengahan malam. Baginda solat di masjid (Masjid Nabi). Beberapa orang mengikut solat baginda. Paginya orang ramai pun bercerita mengenainya. Maka berkumpul lebih ramai lagi (pada malam kedua), baginda pun solat, mereka solat bersama baginda. Paginya orang ramai pun bercerita. Maka bertambah ramai ahli masjid pada malam ketiga. RasululLah s.a.w keluar bersolat, mereka solat bersama baginda. Apabila malam keempat, masjid menjadi tidak muat dengan orang yg hadir. (Baginda tidak keluar) sehinggalah baginda keluar pada solat subuh. Selesai solat subuh, baginda mengadap orang ramai, baginda bersyahadah, dan bersabda amma ba’d, sesungguhnya bukan aku tidak tahu penantian kamu, tetapi aku bimbang difardukan ke atas kamu lalu kamu tidak mampu. Sehinggalah RasululLah s.a.w wafat dalam keadaan begitu (tiada jamaah tarawih di masjid)”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Hadis ini dengan jelas menunjukkan Nabi s.a.w yg memulakan solat qiam Ramadan atau disebut sebagai tarawih secara berjemaah dengan satu imam. Bukan ‘Umar r.a yg memulakannya. Namun baginda berhenti kerana bimbang ia menjadi kefarduan disebabkan simpati baginda kepada umat. Ini kerana zaman tersebut adalah zaman wahyu diturunkan atau zaman pensyariatan. Baginda tidak berhenti kerana ia salah atau tidak diizinkan, namun berhenti bimbangkan Allah fardukan kepada umat sedangkan umat ini mungkin ada yg tidak sanggup.

Maka dari hadis ini, solat tarawih berjemaah adalah sunnah yang jelas. Sahabat selama tiga hari telah solat di belakang baginda. Jika tidak kerana kebimbangan itu, tentu baginda meneruskannya. Apabila baginda wafat kebimbangan itu tiada lagi. Wahyu sudah terputus. ‘Umar pun menghidupkannya kembali. Pada zaman Abu Bakr, terlalu singkat masanya, dan mungkin beliau tidak berkesempatan menguruskan hal tersebut disebabkan berbagai kesibukan seperti kes murtad dan seumpamanya, atau beliau tidak melihat keperluan untuk itu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...