Muntah dan Termuntah Masa Puasa?
Ada yg menyatakan sesiapa yang termuntah maka batal puasa. Sebenarnya, di sana ada perbezaan antara termuntah dan sengaja muntah. Dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda:
“Sesiapa yg termuntah tidak wajib qada (ganti puasa). Sesiapa yg sengaja muntah, hendaklah dia qada”. (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ibn Jarud dan Ibn Hibban).
Maka sesiapa yang termuntah kerana tidak tahan dengan sesuatu bau ataupun mabuk perjalanan tidak wajib qada kerana puasanya sah. Sesiapa yg memaksa diri untuk muntah maka dia wajib menggantikan puasanya
Apakah Hukum Muntah dan Termuntah Masa Puasa?
0 comments:
Post a Comment