Searching...
Showing posts with label perkara pelik. Show all posts
Showing posts with label perkara pelik. Show all posts
Wednesday, 20 June 2012
23:01 0

Doktor bedah dirinya sendiri



Biasanya seorang Doktor membedah pesakit yang sakit. Tapi lain halnya dengan Doktor Leonid Rogozov, Doktor berkebangsaan Rusia ini melakukan pembedahan pada dirinya sendiri.

Ceritanya bermula pada bulan April 1961, saat bertugas di Artartika dan tergabung dalam ekspedisi Antartika Soviet .Waktu itu dia merasakan sakit di perut kanan bawah dan demam. Dia pun mendiagnosa dirinya sendiri yang ternyata menderita usus .Hari berikutnya dia merasa putus asa dan kesempatan untuk memanggil pesawat tidak ada. Saat itu dia adalah satu-satunya doktor di stesen Novolazarevskaya, pada malam hari.Dia pun melakukan pembedahan pada dirinya sendiri menggunakan anestesi lokal. Dia dibantu oleh seorang pembantu mesin dan seorang ahli meteorologi di stesen itu.Mereka berdua membantunya memberikan alatan perubatan dan memegang cermin kecil di perutnya.Wow... tak mampu nak dibayangkan.

Dia melakukan pembiusan lokal dengan solusi novocaine dan membuat bedahan 12cm di daerah perut kanan dengan pisau bedah. Pembedahantersebut berlangsung hingga 1 jam dan 45 minit lamanya.

Rogozov Leonid Pada tahun 1959 lulus dari Institut dan segera diterima di klinik bedah. Namun, Leonid melakukan perjalanan ke Antartika di bulan September, 1960 sebagai seorang doktor dari Soviet ke stesen Antartika Novolazarevskaya.

Dengan tindakan nekadnya itu, Doktor Leonid Rogosov menjadi terkenal kerana berhasil membedah dirinya sendiri dan kembali sihat.
22:55 0

Minuman Air Mani Kuda dijual


Sebuah bar di Wellington memiliki satu menu minuman lain daripada yang lain dan boleh membuat selera anda tersekat. Minuman yang dimaksud adalah air mani kuda yang diberi perisa epal.

The Green Man Pub di Wellington menawarkan 30 ml gelas sloki minuman tersebut dengan harga £12 .

Pub ini melayani permintaan pelanggan akan minuman dingin segar yang berasal dari penternakan kuda Christchurch, yang dalam 1 gelas slokinya mengandung sekitar 300 juta sel sperma kuda.

Pemilik dari The Green Man Pub, Steven Drummond adalah orang yang bertanggungjawab akan terciptanya minuman yang mengerikan ini. Idea ini muncul ketika dia sedang mencuba untuk menciptakan minuman baru.

Dia menyarankan para pelanggannya untuk meminum terus minuman tersebut dalam sekali teguk daripada menghabiskannya sedikit demi sedikit.
17:42 0

Pelik ! Lelaki Ini Meramal Dengan Meraba Punggung

HENTIKAN meramal masa depan anda dengan membaca garis tapak tangan. Seorang supernatural Jerman berkata, dirinya mampu membaca nasib orang dengan menyentuh bontot atau punggung.

Sang paranormal, Clairvoyant Ulf Buck (39), mengatakan bahagian belakang tubuh seseorang ternyata memiliki garis-garis tertentu, menyerupai garis tangan yang biasa digunakan para peramal untuk mengetahui karakter dan nasib seseorang.

“Punggung merupakan bahagian tubuh tempat garis nasib sangat jelas terlihat. Bahkan, berdasar pengalaman saya, garis di wilayah tersebut lebih ekspresif daripada garis tangan,” katanya kepada Reuters. “Garis ini juga akan terus berubah, sejalan dengan bertambahnya umur.”

Dengan meraba garis-garis di bokong kliennya, Buck mengaku dapat meneka tingkat kemakmuran, kehidupan rumah tangga, kesihatan, dan kebahagian seseorang pada masa depan.

Menurutnya, garis yang mewakili kesuksesan, karier, dan rasa seni seseorang, adalah garis-garis dari atas punggung yang mengarah ke bahagian dalam. Sementara lima garis lainnya, mengarah keluar.

“Pada awalnya meramal dengan meraba garis pantat hanya saya lakukan di lingkup kecil.

Namun kemudian lingkupnya semakin besar,” katanya. “Saya bukan orang gila pada abad ini. Saya menangani pelanggan saya dengan perhatian tinggi dan berhati-hati.”

Buck, yang tinggal di bahagian utara Desa Meldorf di Hamburg timurlaut, mengatakan bermacam orang telah mendatanginya. Mereka meminta diramal dengan metode ramal garis punggung tersebut.
Dia menganggap kebutaannya sebagai modal besar. Paling tidak, dengan kondisinya itu para pelanggan tidak takut identiti mereka terbongkar. Dia mengalami kebutaan sejak umur tiga tahun.

“Semua jenis orang datang. Dari pembantu rumah tangga, sekretari, sampai tokoh politik. Bagi mereka, kebutaan saya merupakan anugerah kerana saya dapat melakukan ramal punggung tanpa dapat mengenali mereka di lain waktu,” tambahnya.

Walau mengaku diperlukan waktu bertahun-tahun untuk melatih jari-jarinya, dia mengatakan seorang peramal punggung amatur akan dengan cepat mampu mengetahui keperibadian seseorang.

“Punggung yang berbentuk buah apel menunjukkan pemiliknya orang yang berkharisma, dinamis, percaya diri, dan kreatif. Pokoknya, seseorang yang sangat menikmati hidup,” tegasnya.

“Sementara orang yang pantatnya berbentuk buah pir adalah orang yang setia, sabar, dan bersahaja.”

Dia dengan tegas menyangkal dugaan orang bahawa ramal punggung atau bontot yang dilakukannya mungkin didasari oleh alasan lain, bukan cuma hasrat untuk membantu seseorang mengetahui masa depan mereka.

“Saya tidak meraba pantat untuk tujuan kenikmatan. Isteri saya sudah cukup cantik,” kilahnya, dengan bangga.

Buck menolak membicarakan kesuksesannya. Namun dia mengatakan pernah dengan tepat meramal, seorang aktris opera suatu saat akan menulis buku. Ramalannya itu tidak meleset.

Dia juga mengatakan, selama dua tahun terakhir ini keahliannya dimanfaatkan oleh seorang pemain saham.
“Seorang pemain saham tidak akan meminta pendapat seorang paranormal buta untuk meramal harga saham, jika mereka tidak percaya pada apa yang saya lakukan,” katanya.
Monday, 18 June 2012
13:06 0

Warga emas ‘hamilkan’ anak sotong


SEOUL- Seorang wanita berumur 63 tahun di Korea Selatan dilaporkan ‘menghamilkan’ 12 anak sotong selepas dia memakan calamari sotong goreng.

Difahamkan, warga emas itu berjumpa doktor selepas mulutnya berasa tidak selesa dan hasil pemeriksaan mendapati anak sotong telah melekat di bahagian gu si, lidah serta pipinya.

Doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan sedozen anak sotong didakwa terhasil daripada sperma yang terdapat pada calamari tersebut.

Disember lalu, seorang wanita di Jepun yang memakan sotong mentah jug a terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan sperma haiwan itu dari mulutnya.
Thursday, 14 June 2012
14:58 2

Subhanallah! Cahaya Menakjubkan Tembus Dari Langit


Satu fenomena cahaya menakjubkan tembus dari langit telah berlaku sebelum ini, di mana terjadinya cahaya matahari yang menembusi awan dari langit. Kejadian seperti ini amat jarang sekali berlaku.

Pernahkah anda melihat satu cahaya yang menembusi langit seperti gambar di bawah ini. Cahaya menakjubkan ini bukan lagi misteri. Fenomena yang jarang terjadi ini sangat menarik sekali apabila dilihat.

Lubang dari awan yang padat menutupi cahaya matahari menghasilkan cahaya seperti sportlight yang terbesar di dunia. Jom lihat gambar di bawah ini.





Subhanallah! Salah satu tanda kebesaran Allah SWT. Jelas kelihatan fenomena ini amat jarang sekali dilihat oleh ramai orang. Cahaya yang tembus amat menarik sekali dilihat jika ia berlaku ketika hampir waktu senja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...