Searching...
Showing posts with label Felixia. Show all posts
Showing posts with label Felixia. Show all posts
Wednesday, 2 July 2014
08:36 0

BENARKAH! Akhirnya Felixia Yeap Dedahkan Nama Islamnya


Siapalah yg tak kenal Felixia Yeap kan? Seorang bekas model playboy yg kini sangat rajin dan bersedia untuk menganut agama Islam. Cantik sangat kan si Felixia Yeap ni? Jom ketahui apakah nama Islam yg dimimpikannya.

Rania merupakan nama Islam yg dipilih oleh Felixia Yeap, 28, yg bakal mengucap dua kalimah syahadah pada 3 Julai ini. Bagaimanapun, nama penuhnya hanya akan diketahui pada 3 Julai nanti disebabkan ada satu lagi huruf R di belakang Rania.

Ditanya mengenai makna nama tersebut, menurut Rania... dalam bahasa Arab ia bermakna 'Pemimpin Raja Yg Mempersona'. Bagus lah kan? Semoga hasratnya memeluk islam tercapai

 

08:30 0

ARTIS ! Model cantik Felixia Yeap Bakal Memeluk Islam 5 Ramadhan ini


Alhamdullillah dan sangat terkejut sebenarnya apabila dapat tahu berita yg Felixia Yeap akan memeluk islam pada 5 ramadhan ini. Felixia memilih hari tersebut kerana hari tersebut ialah hari lahirnya dan juga hari kegemaran Nabi. Berikut merupakan antara kata-kata Felixia :

"Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya. Bezanya (sebelum selepas bertudung) adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam."

Tempat Lokasi di mana Felixia akan mengucap 2 kalimah syahadah dirahsiakan olehnya . Dan Felixia juga pernah bermimpi nama barunya dalam islam lalu beliau tersedar dari tidur dan mengingati nama itu, dan beliau berkata :

"Saya menyangka pada mulanya nama tersebut tidak membawa apa-apa maksud, namun setelah memeriksa nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yg indah dan baik".

Tambahnya lagi, "saya mahu menjadi seorang muslimah yg baik selepas memeluk islam dan mahu masyarakat mengambil ikhtibar kehidupan lama saya".

 

Saturday, 28 June 2014
00:46 0

ARTIS Felixia Yeap Peluk Islam Julai Ini Sempena Hari Jadi

felixia yeapfelixia yeap

Sejak beberapa bulan lalu, nama model berbangsa Cina ini hangat diperkata ramai ekoran dia tampil berhijab dan menutup aurat.

Dan baru-baru ini Felixia Yeap membuat kenyataan kepada akhbar Harian Metro mengesahkan yg dia akan memeluk Islam.

"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan.

Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yg juga seorang Melayu Islam, dia menidakkan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.

Sementara itu, baru-baru ini terdapat poster Felixia yang dimuat naik di laman sosial Facebook yg menjadi tetamu undangan untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahannya sempena bulan Ramadhan yg bakal tiba nanti.

Ceramah yg diberi nama ‘Bicara Santai bersama Ustaz Zukifli Ahmad’ akan diadakan di Surau Al- Ittifaqiah Taman Kajang Impian, Kajang itu terbuka kepada orang ramai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...