Searching...
Showing posts with label Peluk. Show all posts
Showing posts with label Peluk. Show all posts
Saturday, 28 June 2014
00:46 0

ARTIS Felixia Yeap Peluk Islam Julai Ini Sempena Hari Jadi

felixia yeapfelixia yeap

Sejak beberapa bulan lalu, nama model berbangsa Cina ini hangat diperkata ramai ekoran dia tampil berhijab dan menutup aurat.

Dan baru-baru ini Felixia Yeap membuat kenyataan kepada akhbar Harian Metro mengesahkan yg dia akan memeluk Islam.

"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan.

Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yg juga seorang Melayu Islam, dia menidakkan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.

Sementara itu, baru-baru ini terdapat poster Felixia yang dimuat naik di laman sosial Facebook yg menjadi tetamu undangan untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahannya sempena bulan Ramadhan yg bakal tiba nanti.

Ceramah yg diberi nama ‘Bicara Santai bersama Ustaz Zukifli Ahmad’ akan diadakan di Surau Al- Ittifaqiah Taman Kajang Impian, Kajang itu terbuka kepada orang ramai.
Wednesday, 25 June 2014
01:34 3

BERITA 7 GAMBAR HANI AL ZEHRA PELUK ANJING JADI VIRAL DI INTERNET





Menyentuh anjing sememangnya haram di sisi agama Islam apalagi menjdikn 

haiwan itusebagai binatang peliharaan. 



Menerusi blog aiskosong sebentar tadi, Gossipanas menemui beberapa keping 

gambar seorang gadis bertudung memegang dan memeluk seekor anjing viral 

di laman Facebook.



Wanita berkenaan dikenali sebagai Hani El Zahra melalui akaun Facebook 

miliknya memuat naik banyak gambarnya sedng memegang anjing.



Lagi Gambar dan komen di Akaun Facebook Hani El Zahra



Setelah mengamati komen-komen kawan-kawannya, ada yg memberi

sokongan dan memujitindakan beraninya sebagai pencinta haiwan, manakala

ada juga yg mengecam tindakannya dan mendakwa perbuatannya itu 

memalukan Islam. Saksikan beberapa gambar dibawah
















 
Saturday, 21 June 2014
23:03 0

ARTIS Pelakon Filem Tamil Peluk Islam,

alt


Pelakon popular filem Tamil, Monica, 27, membuat keputusan memeranjatkan apabila beliau memutuskan untuk menukar agama daripada Hindu kepada Islam dan seterusnya meninggalkan kerjaya seninya.


Seperti dilaporkan portal Salam News,  pelakon itu juga telah memilih nama MG Rahima sebagai nama Islamnya.


"Saya menukar agama bukan kerana cinta ataupun wang.  Saya suka prinsip Islam. Inilah sebabnya mengapa saya telah memeluk agama Islam, " kata beliau.


Menurut media India,  Monica telah membuat pengumuman itu pada satu sidang media pada hari Jumaat lalu  di mana beliau mengeluarkan gambar yg menunjukkan dia memakai pakaian tradisional yang sederhana dan bertudung.


Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan sebab di sebalik keputusannya untuk menyertai agama berkenaan.


Pelakon itu  memulakan kerjayanya sebagai artis kanak-kanak dalam bahasa Tamil pada tahun 1990 ketika berusia tiga tahun dan telah berlakon dalam lebih 50 buah filem.


Beliau juga merupakan bintang popular dalam industri perfileman India Selatan  seperti filem Telugu, Malayalam dan Kannada.


Monica, juga pernah memenangi Tamil Nadu State Award sebagai pelakon kanak-kanak terbaik.


Pada tahun 2001, Monica telah berubah namanya kepada Paravana untuk industri filem Malayalam.


Filem terakhirnya ialah Jannal Oram yg ditayangkan di pawagam pada November 2013.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...