Searching...
Showing posts with label Bakal. Show all posts
Showing posts with label Bakal. Show all posts
Wednesday, 2 July 2014
08:30 0

ARTIS ! Model cantik Felixia Yeap Bakal Memeluk Islam 5 Ramadhan ini


Alhamdullillah dan sangat terkejut sebenarnya apabila dapat tahu berita yg Felixia Yeap akan memeluk islam pada 5 ramadhan ini. Felixia memilih hari tersebut kerana hari tersebut ialah hari lahirnya dan juga hari kegemaran Nabi. Berikut merupakan antara kata-kata Felixia :

"Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya. Bezanya (sebelum selepas bertudung) adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam."

Tempat Lokasi di mana Felixia akan mengucap 2 kalimah syahadah dirahsiakan olehnya . Dan Felixia juga pernah bermimpi nama barunya dalam islam lalu beliau tersedar dari tidur dan mengingati nama itu, dan beliau berkata :

"Saya menyangka pada mulanya nama tersebut tidak membawa apa-apa maksud, namun setelah memeriksa nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yg indah dan baik".

Tambahnya lagi, "saya mahu menjadi seorang muslimah yg baik selepas memeluk islam dan mahu masyarakat mengambil ikhtibar kehidupan lama saya".

 

Tuesday, 24 June 2014
07:45 0

ARTIS Keith Foo Nafi Bakal Bertunang Dengan Kim Raymond


Esok ialah 24 Jun. Kalau mengikutkan desas-desus yg bertebaran sebelum ini, esok adalahhari pertunangan Keith Foo dan kekasihnya, Kim Raymond. Kononnya majlis pertunangan ini akan diadakan di Publika dan kad jemputan telah pun diedarkan. Namun para gadis di luar sana bolehlah menarik nafas lega. Keith Foo menerusi BiPop semalam telah menafikan yg dirinya bakal bertunang.

keith foo nafi bertunang

Apa yg menarik mengenai penafian Keith Foo ini ialah ketenangannya menghadapi gosip sebegini. Respek Abang Nara dengan pelakon baru ini. Tak ada melenting, tak ada nak mengamuk dan tak ada nak makan hati. Ini barulah pelakon sejati kerana menyedari gosip sebegini adalah asam garam dunia hiburan. Kata Keith Foo:-


Bertunang? (ketawa) Saya pun tak tahu! Saya memang dengar ada yang cakap saya nak bertunang pada 24 Jun, ada pula khabar angin menyatakan 28 Jun. Saya sebagai empunya badan pun tidak tahu menahu soal pertunangan yg dihebahkan ini. Mungkin ada yg mahu menjadi penaja pertunangan saya kot… (berseloroh).

Mulanya terkejut juga apabila ramai kenalan bertanyakan hal ini. Ada yg sudah berkecil hati kerana saya tidak mengundang mereka. Saya sebenarnya tidak kisah, saya tidak akan menyorok hari bahagia saya, tentunya saya nak berkongsi perasaan gembira saya bersama teman baik dan peminat.

Diamond (Kim Raymond) biasa saja. Beliau sudah makin terbiasa dengan cerita yang disiarkan. Adatlah apabila berkawan dengan artis seperti saya, apa saa cerita kami pasti jadi bualan ramai.

Saya terlebih dulu dapat menerima situasi ini apabila bergelar pelakon. Saya sudah lama bersedia. Disebabkan itulah saya tidak melenting. Saya terima apa saja gosip yg menghimpit diri dengan hati terbuka. Bak kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Saya tidak pernah berfikir sejauh itu (ada pihak dengki dan ingin jatuhkan diri Keith). Bagi saya gosip sudah menjadi lumrah bagi seseorang artis. Saya pula tidak ambil kisah dan tidak rasa apa-apa.

keith foo
Kalau semua artis macam Keith Foo kan bagus? Alangkah indahnya dunia ini. Hehehe. Memang betul kata Keith Foo. Kalau takut nak dilanda gosip, janganlah jadi artis. Lebih baik jadi tukang masak atau kerja kat 7 Eleven je. Dunia artis biasalah gosip-gosip ini. Kalau kena sikit pun dah nak melenting, lebih baik berhenti jadi artis je. Tak gitu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...