57% Pengguna Komputer Dunia Guna Software ‘Pirate’
Berdasarkan statistik dari laman web Business Software Alliance, 57% pengguna komputer di dunia dikesan menggunakan perisian cetak rompak (pirated software). 5% dari kalangan pengguna komputer ini menggunakan perisian cetak rompak sepanjang masa sepertimana dalam carta pai di atas. Nilai kesemua perisian yang dicetak rompak dijual pada tahun 2011 dianggarkan berjumlah $63.4 billion Dolar Amerika bersamaan RM190.2 billion Ringgit Malaysia, satu jumlah yang agak besar. China merupakan negara menjual paling banyak perisian cetak rompak, dianggarkan nilai perisian cetak rompak yang ditawarkan di situ adalah bernilai $9 billion Dolar Amerika, nilai jualan perisian asli penuh dijual di China hanyalah $3 billion sahaja. Peratusan aktiviti penggunaan software ‘lanun’ di China adalah sebanyak 77%, rata-rata pengguna komputer di China gemar menggunakan software cetak rompak berbandingsoftware asli kerana ia berharga murah bahkan sesetenghanya boleh dimuat turun secara percuma sahaja. Selain itu, China memang dikenali sebagai negara yang memiliki paling banyak barangan elektronik palsu (fake product), termasuklah penjualan iPad 3 palsu memuatkan Android 2.3 Gingerbread. Tonton videografik kajian aktiviti cetak rompak software ini di YouTube… er, adakah Anda salah seorang dari pengguna perisian pirate? Ya atau tidak?
[ sumber Business Software Alliance dari Global Piracy Study ]
0 comments:
Post a Comment