Virus terbaru yang dinamakan sebagai “Flame” kini mula merebak ke beberapa negara maju terutama Iran, Israel, Palestina, Sudan, Lebanon, Arab saudi dan Mesir. Virus ini dikatakan lebih canggih dan berupaya untuk melalukan pelbagai jenis serangan pada sesebuah komputer.
Antara kemampuan yang boleh virus Flame lakukan :
- Dapat mengambil semua data yang disimpan oleh komputer apabila telah dijangkiti.
- Dapat melihat sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah komputer dengan cara mengambil gambar screen, merakam semua aktiviti keyboard dan sebagainya.
- Dapat mengaktifkan sistem audio komputer, microfon dan mampu untuk mencuri dengar segala berbualan pengguna kompoter.
- Mengganggu pengguna lain.
Mengikut hasil pembacaan saya, virus ini hanya mampu dihasilkan oleh negara maju kerana strukturnya yang lengkap. Sesetengah dari kita ada yang membuat kesimpulan dengan mengatakan ianya virus yang telah dicipta oleh Israel.
Namun, siapa perekanya yang sebenar masih menjadi tanda tanya dan kemungkinan besar, virus ini mampu untuk mewujudkan perang siber.
0 comments:
Post a Comment