Searching...
Wednesday, 13 June 2012
16:21 0

Ibu Biar Anak Cacat Kebulur Di Rumah


CHICAGO – Seorang remaja perempuan yang menderita penyakit palsi serebrum (cerebral palsy) ditemui terbiar dan diabai ibunya sebelum dikejarkan ke hospital, lapor media semalam.

Dengan berat hanya kira-kira 10.5 kilogram, Darlene Armstrong tidak mampu berjalan atau bercakap akibat penyakit itu.

Masalah kesihatan itu juga menyebabkan Darlene, ketika itu berusia 16 tahun, tidak membesar seperti biasa, sebaliknya hanya mempunyai ketinggian 1.2 meter saja.

Siasatan akhbar Chicago Tribune menunjukkan, Darlene boleh diselamatkan empat bulan lalu jika Jabatan Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga (DCFS) Illinois mematuhi prosedur sepatutnya.

Ibu Darlene, Rosetta Harris, 50, mengaku salah di mahkamah atas tuduhan membahayakan nyawa anaknya.

Wanita yang tidak memiliki rekod jenayah itu diarah diletakkan di bawah pengawasan selama 18 bulan dan diwajibkan menghadiri kelas keibubapaan.

Doktor di Hospital Kanak-kanak Comer berkata, Darlene menderita kebuluran untuk tempoh lama.

Keadaan itu menyebabkan berat badannya hampir sama seperti bayi berusia dua atau tiga tahun.

Gambar Darlene di hospital selepas baru diselamatkan diperoleh media melalui pegawai penguat kuasa dan siasatan dijalankan bagi mengetahui bagaimana kakitangan perkhidmatan sosial menjalankan tugas mereka.

Pegawai hospital berkata, mereka meragui dakwaan Rosetta kononnya dia memberi Darlene makan telur dan bubur jagung sebagai sarapan, selain nasi bersama ayam, minuman protein coklat dan makanan ringan sepanjang hari.

Pada 17 November, DCFS menerima panggilan kecemasan daripada individu tidak dikenali dan memaklumkan keadaan Darlene yang kebuluran dan tidak dibawa berjumpa doktor selama “beberapa tahun.” Mengikut peraturan DCFS, seorang penyiasat perlu bertindak balas terhadap panggilan itu dalam tempoh 24 jam.

Jika mereka gagal bertemu mangsa dalam lawatan pertama, mereka sepatutnya pergi ke situ setiap hari sehingga mangsa ditemui.

Siasatan Chicago Tribune menunjukkan, penyiasat mengabaikan kes itu selepas gagal bertemu mangsa dalam tiga lawatan ke rumah Rosetta.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...