Searching...
Sunday 17 June 2012
19:30 4

Edisi Sentap ! Kata Sharing Is Caring, Tapi Kenapa Perlu Marah Bila Tak Letak Kredit Atau Sumber?

RAMAI blogger hari ini yg meng'copy paste' entri orang lain tanpa letak sumber/kredit dlm entri mereka atau dalam bahasa lainnya dipanggil PLAGIAT. Apa itu plagiat/plagiarsme? (Bagi yg belum tahu dan mahu tahu) Plagiarisme atau plagiat adalah penciplakan atau peniruan karangan, karya, pendapat, dan sebagainya dari orang lain lalu menjadikannya sebagai karangan dan pendapat sendiri.
Secara peribadi, bagi saya adalah tidak salah sekiranya tidak meletakkan sumber/kredit dalam sesuatu artikel/post. Melainkan artikel itu adalah hak cipta terpelihara yang dilindungi dibawah akta percetakan. Atau, artikel itu adalah artikel yang dibuat oleh tokoh atau orang profesional yang mana penulisannya telah diiktiraf dalam bidang akademik/ilmiah. Kalau sekadar blogging untuk berkongsi minat atau infomarsi terkini, tidak menjadi kesalahan besar kalau korang tak sertakan sumber dalam entri tersebut.
Kerana bagi saya dalam konteks berblogging, setiap artikel yang dibuat atau karya yang dihasilkan dalam sesuatu blog itu adalah ILMU. Apa itu ilmu? Iaitu pengetahuan atau kepandaian tentang duniawi, akhirat, lahir, batin, dsb. Ilmu yang bermanfaat cthnya sprti ilmu ekonomi, teknologi, perubatan, pendidikan atau apa saja yg dapat dimanfaatkan dlm kehidupan seharian.

Jadi samada blog anda itu blog berita ke, blog informasi ke, blog suka-suki ke, blog copy n paste ke, pokoknya menyampaikan sesuatu kpd pembaca, berniatlah berblogging untuk menyampaikan dan menghalalkan ilmu kerana Allah.. Tak salah berkongsi ilmu dan berpesan-pesan sebab Rasulullah pun galakkan umatnya menuntut dan menyebarkan ilmu.. Sebab tulah ada butang 'SHARE', memang untuk dikongsi-kongsikan, disebar-sebarkan, kalau tak mahu dikongsikan tak perlu di'publish'kan, tak perlu di 'ping'kan, mudah saja..
Dan 1 persoalan yg perlu difikirkan oleh blogger-blogger yg perasan hebat dan perasan blognya telah diiktiraf di persada blog hanya kerana follower dia ribu-ribuan, dan 'likers'nya cecah juta-juta kt fb (opss maaf) Tanyalah pada diri, bukankah ilmu itu sepatutnya disebar-sebarkan, di war-warkan atau di kongsi-kongsikan?? Fikir-fikirkanlah..

Sabda Nabi S.A.W yg bermaksud : “Sampaikanlah dariku (Rasulullah SAW) walau hanya sepotong ayat" Hadis riwayat Al-Bukhari.. Selalu sy dpt komen di ruangan komen macam ni, "kalau dah ambil artikel org, pandai2lah letak sumber ye" atau pun begini "jadilah blogger yg baik skit" atau mcm ni "Bro...kasik la kredit sikit..takkan main cilok jer".. terguris hati beb baca komen mcm tu, serius.. Ada blogger yg punyalah kedekut nk bagi kat org smpai gambar-gambar pun dia letak watermark, entahlah, untuk publisiti mungkin..Padahal dia pun ambik dari org lain gak :P
Bloger-bloger sekalian, Ilmu ini datangnya dari Allah untuk setiap manusia, ingat!!.. Jadi knp perlu marah bila tidak diletakkan sumber/kredit? 'Oh, kalau tidak letak sumber nanti pembaca tidak tahu itu saya punya, nanti org tidak kenal saya'..'Artikel saya hak milik saya'.. 'Blog aku, sukahati akulah!!'.. 'Klu takda kredit nanti org tak tahu kewujudan blog saya ni, takda visitor, tak ada income' erk..macam tu ke?? Berblogging semata2 utk famous, utk popular, kesian.. Bersyukurlah bila org mengambil sebahagian ilmu yg kita sampaikan itu untuk dimanfaatkan walaupun tak diletakkan kredit/sumber.. Kalau dia letak kredit/sumber Alhamdulillah, kalau dia tak letak, anggap saja ilmu anda telah disampaikan.. HALALkan ilmu yg dicurahkan, Insyaallah berkat hidup.. Ingatlah, kalau orang tidak tahu Allah mesti tahu..Allah mesti tahu..

Semoga apa yang kita kongsikan dlm berblogging hari ini, dpt dimanfaatkan sbagai ilmu yg berguna dan mungkin sbgi panduan, pengajaran, sempadan, dan tauladan dlm hidup si pembaca atau si peng'copy paste' meskipun diciplak dan di'cetak-rompakkan' tanpa rela. Sekiranya mereka menyebarkan ilmu tersebut ke mana-mana, memberikan bahan bacaan yg membangun kpd seseorang yg lain, kan dah jadi amal jariyah? yakni kebaikan yg terus menerus.. Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim) Siapa yg dapat pahala? bukan saya, tapi anda yg menyebarkan.. Wallahualam, Indahnya Islam :)
Apapun, segala yg saya sampaikan di sini hanyalah sekadar pendapat peribadi saya sbg seorang insan yg lemah dan kurang ilmunya. Saya bukan seorang yg otai dlm berblogging, bukan seorang yg cuba tunjuk pandai pada rakan2 blogger di luar sana yg sudah pasti cukup luas ilmu dan pengalamannya dlm bidang ini. Saya hanya memberi sedikit nasihat dan secebis buah fikiran pd mereka yg mahu berfikir dan memandang pendapat ini dari sudut yg positif. Sekiranya ada yg terasa hati atau tidak selari dgn pendapat yg diberi, anggaplah saja manusia itu berbeza-beza.. Sekian, kongsikan apa saja ilmu di dada untuk dimanfaatkan oleh sesiapa saja, di mana saja. 'Sharing is caring kerana Allah' - sumber

4 comments:

  1. I like. Suka dan setuju.
    :-)  :-)  :-)
    Singgah sini dari mknace unlimited™
    Terbaeekkk!!!!

    ReplyDelete
  2. bagi saya,kalau blogger tu tiru sebijik2 perkataan dari blogger lain itu dah mmg plagiat tahap rendah lah kan..mmg ada kes cam nih...sy rasa itu yg dimaksudkan blogger lain yang beri amaran untuk tak ambil 'bulat-bulat' artikel mereka...yelah,idea yg diperah mereka selama bbrp jam kan untuk certain isu....kalau part gambar tuh,biasanya dorang hanya letak watermark untuk gambar yang dorang lukis sendiri..kalau yg cilok dr org lain pastu letak watermark sendiri tuh mmg nak kena kick lah kan..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dats y dia ckp niat utk sebar ilmu.. klu niat utk bangga dgn apa yg d tulis, mmg xkn ke mana la.. betul juga, apa salahnya berblogging utk sebar ilmu sambil beramal :)

      Delete
  3. tak elok la plagiat ni. paling kurang letak credit.kesian kepada blogger yg perah idea menulis untuk naikkan blog dia tapi ada org copy. pulak tu yg copy lebih ramai menarik pembaca dan lebih popular. memang la elok sharing tapi tak salah kan letak kredit. apa alasan tak nak letak kredit? sebab nanti pembaca ingat blogger tu pandai gila menulis padahal orang lain yg penat2 fikir idea. lembu punya susu, sapi dapat nama.

    sharing pon sharing la jugak. nak sebar ilmu tapi kalau letak credit tak rugi pon. masing2 menang.

    http://blogtakfemes.blogspot.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...