Searching...
Sunday 17 June 2012
18:36 0

Izara Aishah mula tunjuk belang


BOLEH dikatakan, semua orang tak suka menunggu dan meradang bila janji tak ditepati. Tapi bila sudah bertahun kerja dengan artis dan dunia hiburan, bab menunggu ini ibaratnya makan bertih jagung masa tengok wayang. Dah jadi satu keseronokan, tak sah kalau tak menunggu. Sambil menunggu boleh gosip-gosip. Jadi bahan ketawa.

Gosip pun gosip juga, tapi kalau dah menunggu tiga jam setengah, boleh berangin satu badan dibuatnya.

Diva cuma tak faham kenapa nama Izara Aishah yang makin mantap karier lakonan itu boleh terjebak dengan masalah disiplin dan buat ramai orang meroyan dengan perangai dia. Setahu Diva, Izara belum ada perangai lagi, pengurusan dia pun okey sahaja setakat ini.

Seperti disampaikan satu sumber, katanya dah macam orang bodoh gara-gara menunggu Izara untuk satu temu janji pertengahan minggu lalu.

"Janji pukul 3.30 petang, kami tahu dia ada satu acara lain, tapi tunggu juga sampai pukul 6.30 petang masih tak muncul. Jadi, angkat kaki, cabutlah apa lagi. Yang buat bertambah marah, bukan setakat lambat tapi sikap dan etika dia yang buat aku geram. Telefon tak angkat, mesej yang tak jawab. Elok sangatlah perangai macam tu," katanya melepas geram.

Rasanya, itu bukan kali pertama, tapi malas nak dibesar-besarkan sahaja.

Dengarnya, Izara datang juga ke lokasi temu janji yang turut melibatkan rakaman satu program televisyen berkenaan. Sampai-sampai sahaja terus kena perli. Mahunya yang tak kena perli, semua orang termasuk artis senior lain macam nak mati tunggu dia seorang sampai pukul 7.30 malam baru nampak batang hidung. Berlakon dah rasa elok sikit, mulalah nak tunjuk belang

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...