Aaron Aziz dapat Taraf Penduduk Tetap dengan prosedur yang betul
Semua sudah sedia maklum yang Aaron Aziz dan keluarga sudahpun memiliki Taraf Penduduk Tetap (PR) sejak awal bulan jun yang lalu.. Sejak tersebarnya berita itu terdapat juga mulut-mulut jahat yang mengatakan Aaron Aziz mendapat Taraf Penduduk Tetap kerana beliau seorang selebriti popular dan mengunakan status selebriti itu sebagai tiket bagi memudahkan dia mendapatkan PR.
Persoalan ini ditanya terus kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein bagaimanapun menjelaskan yang status PR diberikan mengikut prosedur yang sudah ditetapkan oleh kerajaan… Tidak kira Selebriti popular mahupun ahli keluarganya sendiri..
“Dari segi Aaron Aziz ke siapa ke, dia kena ikut prosedur seperti biasa. Yang penting siapa yang kita berikan kelulusan. Keluarga saya sekalipun ikut prosedur, PR bukan merupakan kewarganegaraan. Siapa yang nak menyokong agenda kita jangan lari dari nawaitu dan matlamat untuk tujuan kebaikan. Saya kata orang nak cari pasal dalam landskap hari ini semua kita buat tak kena.”
0 comments:
Post a Comment