Searching...
Wednesday, 27 June 2012
02:02 0

Saiful Apek Dibebaskan Daripada Tuduhan Dadah


Saiful Apek yang pernah ditahan pihak polis kerana didakwa memasukan dadah jenis ganja ke dalam badan dua tahun yang lepas akhirnya mampu menarik nafas lega apabila Saiful Apek dan tiga rakannya yang lain dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret semalam.. Saiful Apek melalui facebook meluahkan rasa syukurnya dengan keputusan Mahkamah itu..

“Syukur Alhamdullilah ke hadrat Illahi, dengan rasminya hari ini (25hb Jun 2012) Mahkamah Majistret Petaling Jaya telah memutuskan bahawa saya dan staf-staf saya ‘dibebas dan dilepaskan tanpa perlu dipanggil semula’ berhubung kes penahanan atas kesalahan penyalahgunaan dadah 2 tahun lepas (12hb Jun 2010). ‘Sesungguhnya doa mereka-mereka yg teraniaya, pasti dimakbulkan’. Amin..”

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap Saiful Apek dan tiga orang rakannya..

Kami juga turut gembira dengan keputusan ini dan kami harap dengan keputusan ini dapat membersihkan kembali nama Saiful Apek yang tercalar hampir 2 tahun lamanya..

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...