Datuk Aziz Sattar dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU)
Seniman veteran, Datuk Aziz Sattar atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis kini dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang sejak hari Sabtu yang lalu.. Datuk Aziz Sattar yang pada mulanya mengadu kepenatan sebelum mengalami sesak nafas telah dikejarkan ke Hospital oleh anaknya sendiri..
Walau bagaimanapun, keadaan Datuk Aziz Sattar kini dalam keadaan stabil Namun masih lagi dalam pengawasan pihak hospital.. Datuk Aziz Sattar juga tidak mahu menerima sebarang pelawat termasuk pihak media kerana ingin berehat sehingga keadaannya kembali sihat..
Mari mendoakan agar Pak Ajis kembali sihat seperti sediakala dan kembali menghiburkan kita…
0 comments:
Post a Comment