Searching...
Friday, 1 June 2012
02:16 0

Ujian pertama Itali



PEMAIN-PEMAIN Itali menjalani latihan menjelang aksi pemanas badan Euro 2012 menentang Switzerland awal pagi esok.


ROM - Itali berpeluang untuk menguji kekuatan sebenar pasukan itu pada aksi pemanas badan kejohanan bola sepak Eropah (Euro 2012) menentang Rusia di Zurich, Switzerland awal pagi esok.
Perlawanan itu hadir selepas kempen bola sepak Itali dicemari dengan pelbagai kontroversi.
Arena bola sepak Itali kembali dipalit dengan rasuah selepas beberapa pemain dalam saingan Serie A dilaporkan terlibat dengan skandal mengatur perlawanan.
Antara pemain yang terlibat ialah tonggak pertahanan Itali, Domenico Criscito yang menyaksikan biliknya di kem latihan pusat pasukan itu di Florence telah digeledah pihak polis bagi membantu siasatan.
Situasi tersebut telah memaksa jurulatih Itali, Cesare Prandelli menggugurkan nama Criscito dalam senarai 23 pemain yang akan dibawa ke Poland dan Ukraine.
Tempat Criscito telah digantikan dengan tonggak pertahanan Palermo, Federico Balzaretti.
Kurang 24 jam selepas kejadian tersebut, Itali sekali lagi ditimpa nasib malang apabila berlakunya gempa bumi di Emilia Romagna.
Situasi itu telah menyebabkan perlawanan persahabatan menentang Luxembourg terpaksa dibatalkan.
Kini, peluang Itali untuk melakukan persiapan bagi menghadapi Euro 2012 hadir dengan aksi persahabatan menentang Rusia.
Bagaimanapun, Prandelli tidak mempunyai tempoh yang mencukupi bagi menguji kemampuan sebenar anak-anak buahnya dengan hanya satu perlawanan persahabatan.
Diundi dalam Kumpulan C bersama juara bertahan, Sepanyol selain Republik Ireland dan Croatia, Itali ternyata berdepan tugas sukar untuk mara ke pusingan kalah mati.
Pada kempen kali ini, Itali meletak- kan sasaran untuk mara sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir. - AFP

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...