Searching...
Monday, 7 May 2012
21:13 0

Microsoft Tukar Nama Windows Live




Microsoft akan tukar nama Windows Live ID kepada Microsoft Account atau dipanggil sebagaiMicrosoft ID. Langkah pembaharuan itu dibuat sebagai mengintegrasikan aktiviti online pengguna dengan data peribadi milik mereka yang tersimpan di internet. Melalui Microsoft Account atau Microsoft IDini, pengguna boleh meneruskan aktiviti mereka di komputer lain dari tempat lain selain tempat biasa mereka menggunakan komputer asal.
Kesan dari perubahan itu, Windows Live akan ditukarkan secara berperingkat ke Microsoft ID atau Microsoft Account (masih belum ada lagi nama rasmi baginya) dan perubahan yang dilakukan akan melibatkan berbagai servis aplikasi web di bawah jenama Windows Live sebelum ini termasuklah Hotmail, SkyDrive, Messenger dan pakej perisian Windows Live Essential.
Microsoft Account atau Microsoft ID ini akan oleh pemilik Windows 8 tiap kali mereka log in ke akaun mereka dari tablet, laptop, netbook atau desktop pc. Selain peranti perkomputeran, pengguna juga boleh log in ke akaun mereka dari peranti lain seperti Xbox Live, Zune dan Windows 8 Apps Store. Kata Chris Jones, Naib Presiden Microsoft untuk Bahagian Pembangunan Windows Live, konsep asas kepada perubahan itu adalah “Log in to a new PC and pick up right where you left off“. Anda sudah dapat idea apa yang mahu dilakukan oleh Microsoft, kan? Bila perubahan ni akan mula dilakukan, masih tidak diketahui.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...