Searching...
Monday, 7 May 2012
17:54 0

Benda Atas Kubah Masjid Nabawi Bukan Kubur Penjahat!



Betul ke apa yang disebarkan tentang benda di atas kubah majid Nabawi adalah sebuah kubur penjahat yang ingin mencuri jasad rasullullah ataupun kubur seorang penjahat yang ingin memecahkan kubah majis Nabawi tersebut?

Apa yang berada di atas kubah Masjid An-Nabawi itu ialah jendela ataupun tutupan kubah yang akan di buka ketika hendak membersihkan atap kubah Masjid An-Nabawi. Dahulunya kubah ini terbuka, namun kerana dikhuatiri jikalau hujan, air dipastikan akan masuk yang nanti akan menyebabkan boleh merosakkan bahagian dalam Makam Rasulullah s.a.w dan dua sahabat Baginda s.a.w maka akhirnya ia di tutup. Jadi,cerita mengenai adanya mayat di atas kubah Masjid An-Nabawi adalah tidak benar kerana ia bukanlah mayat tetapi hanyalah jendela yang menutupi Kubah Masjid An-Nabawi..

Jadi, artikel yang banyak disebarkan di internet tentang ‘kubur’ tersebut adalah TIDAK BENAR. Mungkin ada pihak yang bertujuan untuk memesongkan umat islam atau mungkin ingin memperbodohkan umat islam itu sendiri. Wallahualam…
Mari kita bersama berdakwah..Sesiapa sahaja boleh ambil, share atau copy. Saya izinkan. Sharing for caring...Tinggalkan komen boleh juga untuk sama sama kita berbicang...
Oleh: Harlina Binti Ahya Ulumuddin

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...