MacBook Versi Baru 2012 Bersaing Dengan Ultrabook Mampu Milik
Ultrabook model terbaru akan bersaing face-to-face dengan MacBook Air dan MacBook Pro versi baru 2012 yang khabarnya akan dikeluarkan tidak lama lagi. Intel menggunakan strategi penurunan harga untuk memikat pengguna supaya membeli terdorong ultrabook. Dengar khabar Intel akan mempromosi ultrabook terbaru sepanjang 2012 pada harga mampu milik, dijangkakan lebih rendah dari harga MacBook versi terbaru nanti. Nampaknya, ultrabook semakin lama semakin berubah menjadi ultrabook mampu milik berbanding pada zaman awal kemunculannya. Namun, dengan penurunan harga tidak semestinya berlaku penurunan pada prestasi kerana matlamat asal ultrabook dicipta adalah untuk bersaing dengan MacBook Air.
Strategi terbaru Intel itu menjadikan harga ultrabook versi akan datang dijual pada rasa harga RM2,200-RM2,800 khususnya model dipasang dengan cip Intel Core i5 atau Intel Core i3. Sony baru saja melancarkan ultrabook mereka di namakan Sony Vaio T, merupakan ultrabook pertama dipasang cip Intel Core i3 dari binaan Sandy Bridge, bagi kami dikhususkan untuk produktiviti juga perkomputeran tahap rendah kebanyakannya untuk kerja-kerja menaip. Harga sony Vaio T masih belum ada yang rasmi, tapi dari jangkaan kami ia mungkin dijual pada harga RM1,999-RM2,200. Jika ultrabook Sony itu menggunakan cip Intel Core i5, harganya mungkin naik sedikit ke paras RM2,00-RM2,600 sepertimana Acer Aspire S3 juga Ace Aspire Timeline Ultra M3.
0 comments:
Post a Comment