Searching...
Monday, 7 May 2012
21:36 0

Intel, McAfee Keluarkan Perisian Sekuriti Khas Untuk Aktiviti Perkomputeran Awan


Intel dan McAfee kini bekerjasama dalam menghasilkan perisian sekuriti dan keselamatan komputer khusus untuk digunakan pada network di dalam sebuah organisasi, khususnya entiti perniagaan yang menggunakan perkomputeran awan (cloud computing) sebagai tempat untuk menyimpan data. Intel telah membeli McAfee pada tahun 2011. Kini, jenama McAfee tidak lagi berdiri sendiri sebaliknya bernaung di bawah Intel.


Jason Waxman iaitu Pengurus di Bahagian Infrastruktur Perkomputeran Awan di Intel memberi penerangan mengenai hal itu bersama-sama dengan Greg Brown, Naib Presiden Keselamatan Rangkaian (Network Security) di McAfee, kedua-dua mereka berkata perisian keselamatan itu dicipta untuk memberi perlindungan terhadap data dalam server. Antara produk terbaru yang dihasilkan adalah McAfee Cloud Security Platform, Identity Manager dan Deep Defender.

Kegunaannya adalah untuk membolehkan kakitangan ICT professional dalam mana-mana organisasi melindungi data penting kemudian boleh menyemak sistem keselamatan dari semasa ke semasa untuk mencegah pencerobohan. Produk sekuriti yang dihasilkan oleh Intel dan McAfeee ini nampkanya dibina untuk perniagaan kecil dan sederhana, organisasi besar juga badan-badan korporat yang bergantung pada aplikasi internet (web based) dan server untuk menyimpan data untuk digunakan oleh staff dalam organisasi tersebut. Jika Anda memiliki perniagaan sendiriri atau bekerja di dalam sebuah organisasi, Anda bolehlah mencadangkan produk sekuriti terbaru dari Intel dan McAfee ini untuk digunakan di tempat Anda.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...