Asus Beli 1.2 Juta Unit Cip Intel Series 7, 800 Ribu Unit Cip AMD 760G
Asus telah membeli satu juta hingga 1.2 juta unit cip Intel Series 7 untuk dimuatkan ke dalam motherboard terbaru Asus yang akan dipasarkan pada April-Jun 2012 (kuarter kedua tahun 2012). Selain itu, Asus juga telah membeli sebanyak 2 juta hingga 5.3 juta unit chipset H61 dari Intel. Dalam masa yang sama, Asus turut membeli 800,000 cip AMD 760G dan 600,000 unit cip AMD A75 semata-mata untuk dipasang pada motherboard terbaru Asus khusus digunakan untk membina desktop pc seperti yang Anda lihat dalam gambar di atas. Apa yang kita boleh fahami dari sini, dengan Asus rancak membeli cip dari Intel dan AMD, nampaknya wujud permintaan menggalakkan terhadap desktop pc sehingga ke saat ini. Walaupun tablet dan netbook bertaburan di pasaran, desktop pc masih terus diminati.
0 comments:
Post a Comment