Jika artis lain selalu mengelak bila ditanya mengenai kekasih, tapi berbeza dengan Siti Saleha yang tanpa berselindung mengakui dia kini sedang dilamun cinta dengan seorang penjaga gol negeri Sabah bernama Syed Adney Syed Hussein yang juga adik kepada Sharifah Sofea.. Menurut Saleha, dia dan Adney sudah dua tahun bercinta walaupun pernah terkandas sebelum ini…
Menurut Siti Saleha, Adney sebelum ini adalah bekas kekasihnya apabila cinta mereka sebelum ini terkandas akibat salah faham.. Namun oleh kerana perasaan sayang antara satu sama lain masih ada, Mereka berdua telah bersama kembali..
“Saya dan keluarga dia baik terutama sekali dengan kakak dia, Sharifah Sofea. Saya selalu datang ke rumah mereka jika ada majlis. Ibu dia juga saya sudah anggap seperti ibu saya sendiri. Bila terserempak dengan dia, perasaan sayang antara satu sama lain masih ada. Disebabkan itu, kami bersama semula. Walaupun jarang berjumpa sebab masing-masing sibuk tetapi dia sangat memahami. (kosmo)”
Buat masa ini Siti Saleha dan Adney masih belum terfikir lagi untuk mengakhiri zaman bujangnya kerana masih muda, MyGosip harap percintaan Saleha dan Adney ni berkekalan sehingga disatukan kelak…
0 comments:
Post a Comment