Semenjak dua menjak ni ramai artis kita yang sakan bercinta sudahpun berkahwin.. ada juga yang sudah merancang untuk berkahwin.. Tapi berbeza dengan pasangan kamal adli dan Intan Ladyana ni yang masih lagi belum merancang untuk mengakhiri percintaan mereka ke jinjang pelamin.. Kamal Adli melalui Mstar meluahkan perasaan kagumnya dan menghargai pengorbanan Intan Ladyana kerana sanggup menunggu lamaran daripadanya.
“Saya hormat pada Intan dan hargai pengorbanannya kerana sabar menunggu saya yang masih lagi membina karier untuk lebih kukuh. Malah dia juga tidak kisah dengan persoalan orang di sekeliling yang bertanyakan tentang bilakah tarikh perkahwinan kami,”“Kita nak jaga anak orang, jadi kalau boleh biarlah kita ada aset sedikit seperti rumah terutamanya, demi keselesaan bakal isteri. Saya juga mahu meyakinkan keluarga Intan yang saya boleh menjaganya,” (Mstar)
Tambah Kamal Adli lagi dia akan berkahwin sebelum umurnya mencecah 30 tahun.. itu bermakna Kamal Adli yang berumur 25 tahun ni masih ada 5 tahun lagi untuk mempersiapkan diri.. Manakala Intan Ladyana yang berumur 29 tahun ni kemungkinan akan menamatkan zaman bujangnya lebih daripada umur 30 tahun kan…
0 comments:
Post a Comment