Rita Rudaini yang bakal bercerai dengan suaminya, Aidil Zafuan akan memastikan yang Rita mendapat hak penjagaan untuk dua orang anaknya jika Aidil atau pihak keluarga mertuanya mahu menuntut hak penjagaan anak jika kes itu dibawa ke mahkamah nanti. Tambah Rita Rudaini lagi dia akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan hak penjagaan anak itu..
Menurut Rita Rudaini, sejak berkahwin dengan Aidil dia sukar mendapatkan kebahagiaan dan segala susah senang dikongsi bersama anak-anaknya..
“Saya menanggung susah dan senang bersama anak-anak saya. Mereka lebih memahami penderitaan yang saya tanggung. Saya akan pastikan mereka akan berada di bawah penjagaan saya sekiranya jodoh saya dengan Aidil tak panjang,”“Saya sudah bertahan terlalu lama dan berita Aidil mahu menceraikan saya sedikit pun tidak mengejutkan. Lagipun dia sudah tidak pulang ke rumah hampir empat bulan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Aidil kerana berkongsi hidup dengan saya selama ini sehingga kami mendapat dua orang anak,”“Aidil ada bertemu dengan anak-anak baru-baru ini. Kami tidak lari daripadanya tetapi dia yang meninggalkan kami,” (mstar)
Tambah Rita lagi, dia tidak akan menghalang Aidil untuk berjumpa dengan dua orang anaknya jika diberikan hak penjagaan, kerana menganggap anak dan bapa tidak boleh dipisahkan.
0 comments:
Post a Comment