Google sekarang ini sedang dalam proses pembelian Motorola, apabila Motorola bergabung denganGoogle sepenuhnya, Google boleh menggunakan kilang-kilang Motorola dan teknologi hardware Motorola untuk mengeluarkan peranti mereka sendiri di bawah jenama Google. Chromebook merupakan laptop yang gagal dari segi jualan kerana tidak menepati selera pengguna laptop masa kini, namun begitu dari berita terbaru yang kami terima Google mungkin akan mengintegrasikan Chrome OS ke dalam produk-produk Android keluaran Motorola misalnya Motorola Atrix dan Lapdock seperti mana kami paparkan dalam liputan lalu.
Dengan Lapdock, smartphone Motorola (misalnya Atrix) boleh ditukar menjadi sebuah laptop lalu beroperasi lancar sepertimana laptop biasa. Chrome OS dijangka akan dimuatkan ke dalam smartphoneMotorola itu sebagai sistem operasi kedua, memberikan fungsi dual-boot padanya, bahkan boleh digunakan seperti laptop biasa apabila dipasang pada Lapdock. Hal ini masih belum ada kepastian namun penganalisa pasaran melihatnya potensi untuk ke arah itu ada memandangkan Google tidak ada perancangan mahu memasarkan Chromebook sebagai laptop komersil sepertimana laptop biasa dari jenama lain.
0 comments:
Post a Comment