BlackBerry Curve 9220 Diperkenalkan Di Indonesia
Research In Motion (pembuat BlackBerry) kini memperkenalkan BlackBerry Curve 9220 di Indonesia, pengumuman mengenai kemunculan model terbaru BlackBerry itu dibuat oleh Hastings Singh, Pengarah Urusan Research In Motion untuk kawasan Asia Tenggara dalam sidang akhbar sempena majlis pelancaran BlackBerry Curve 9220. Untuk mengukuhkan jenama BlackBerry di Indonesia kesan dari sambutan menggalakkan pada jenama itu, Research In Motion mengumumkan rancangan mereka untuk membuka 4,000 outlet di seluruh Indonesia menjelang Februari 2013 merangkumi kedai rasmi BlackBerry Store dan kaunter kiosk BlackBerry. Walaupun BlackBerry di landa kemerosotan kesan dari persaingan sengit antara BlackBerry OS dengan iOS dan Android, namun pengguna di negara-negara Asia Tenggara khususnya Malaysia, Indonesia, Singapura masih tegar meminati BlackBerry. Spesifikasi lengkap (hardware specification) komponen BlackBerry Curve 9220 disediakan oleh GSM Arena.
0 comments:
Post a Comment