Searching...
Thursday, 5 April 2012
18:59 0

12 Pahala Yang Eksklusif Hanya Untuk Wanita Sahaja


ADA dua perkara yang melekat pada diri wanita. Kemuliaan dan kehormatan yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka, bila diterapkan secara berkesan oleh kaum wanita, akan semakin membuat mereka dihormati oleh kaum Adam. Berikut ini beberapa kemuliaan kaum wanita yang diberikan Allah.

Pertama
Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 70 orang wali atau lelaki soleh, tetapi seorang wanita yang buruk akhlaknya lebih buruk daripada 1000 lelaki yang buruk akhlaknya.

Kedua
Seorang isteri yang pandai menghibur suaminya yang sedang dalam keadaan gelisah, ia akan mendapatkan pahala separuh dari pahala jihad.

Ketiga
Seorang wanita yang sedang hamil, lalu dia menunaikan solat 2 rakaat maka kebaikan yang diterimanya lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

Keempat
Seorang wanita yang meninggal dunia dalam tempoh waktu 40 hari setelah melahirkan anak, maka ia akan mendapat pahala seperti halnya seorang lelaki gugur syahid.

Kelima
Jika seorang anak menangis pada malam hari dan ibunya tidak memarahinya, bahkan memujuknya, ibu itu akan mendapat pahala ibadah.

Keenam
Jika pada malam hari seorang wanita tidak dapat tidur kerana mengurus anaknya yang sakit, Allah akan memberinya ganjaran setimpal dengan usaha memerdekakan 20 orang budak.

Ketujuh
Seorang wanita yang bangun pada malam hari untuk menyusukan anaknya, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya dan ia akan diberi pahala seperti pahala orang yang mengerjakan ibadah selama 12 tahun.

Kelapan
Apabila seorang wanita menyapu rumahnya sambil berdzikir, Allah akan memberikan kepadanya pahala seperti menyapu halaman di sekitar Kaabah.

Kesembilan
Seorang isteri yang memotivasi suaminya untuk berjuang di jalan Allah, dan ia ikhlas untuk menanggung penderitaan kerana ditinggalkan suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke syurga 500 tahun lebih awal sebelum suaminya, dan wanita itu menanti di pintu surga.

Kesepuluh
Seorang wanita yang memerah susu lembu dan diawali dengan kalimat “Bismillahirrahmanirrahim”, maka Allah akan memberikan keberkatan rezeki bagi penduduk rumah tersebut.

Kesebelas
Seorang isteri yang mengerjakan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan menjaga amanah suaminya, maka Allah akan memasukkannya ke syurga dari pintu mana saja yang ia sukai.

Keduabelas
Ketika nanti di syurga, semua penghuni syurga akan menemui Allah tergantung dengan kuantiti dan kualiti amalnya di dunia. Tapi, bagi seorang wanita yang memelihara dirinya dari pandangan lelaki yang bukan mahramnya, Allah sendiri yang akan menemuinya. Namun jika wanita itu memandang lelaki yang bukan mahramnya dengan pandangan yang mengundang syahwat, Allah akan mengutuk wanita itu.

wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...