Searching...
Saturday, 24 March 2012
16:56 0

Zed Zaidi Mahu Boikot Artis Luar

KURANG berkenan dengan lambakan artis dari luar negara mengadakan konsert di negara ini, Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi, 32, mahu pihak tertentu agar lebih bersikap rasional dalam memberikan kelulusan permit.

"Tujuan saya menggalas jawatan ini adalah untuk berjuang sesuatu perkara demi kepentingan golongan seni tempatan. Sebenarnya, saya cukup pantang apabila terlalu banyak sangat artis dari luar negara datang dan membuat konsert ataupun persembahan. Saya juga akan berbincang dengan pihak kementerian untuk menyelesaikan masalah ini.

"Saya berharap, selepas ini mana-mana artis luar negara tidak kiralah dari barat, Indonesia dan Korea Selatan yang ingin membuat konsert di Malaysia mereka perlulah mendapat pengesahan dari pihak Seniman terlebih dahulu", katanya.

Mangulas lanjut mengenai hal berkenaan, Zed menyifatkan permintaan yang diluluskan ini bukanlah untuk kepentingan sendiri tetapi ianya lebih kepada kepentingan industri seni tempatan.

"Sekiranya perkara ini diluluskan, barulah artis luar negara tidak sewenang-wenangnya datang ke negara ini untuk membuat konsert. Sejujurnya, apa faedahnya mereka datang ke sini? Adakah mereka memberikan sumbangan besar kepada industri tempatan?

"Matlamat saya adalah untuk orang tempatan menghargai bakat tempatan yang bakatnya ada lebih hebat dari orang luar. Siapa lagi mahu agungkan rakyat tempatan kalau bukan orang kita sendiri.

"Saya bukan kejam mahu menghalang langsung mereka datang ke Malaysia, tetapi saya tidak mahu mereka sesuka hati membuat konsert tanpa ada perbincangan daripada pihak Seniman" jelasnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...