ANGIN berhembus kencang di Los Angeles. Namun, hal itu tidak membuat Kim Kardashian mengurungkan niatnya untuk mengenakan skirt mini berwarna hitam dari bahan tipis. Kim kelihatan berjalan santai di sebuah studio. Tak lama kemudian, dia dilihat terkejut kerana skirtnya ditiup angin.
Bintang reality show ini sibuk memegang skirtnya agar tidak semakin terbuka. Lalu, dia bergaya bak 'Marilyn Monroe'. Selama perjalanan menuju tempat yang ditujunya, Kim terus memegang skirt hitamnya agar tidak tertiup angin.
Seperti dipetik dari sebuah akhbar, Kim sedar gerak-geriknya sedang diawasi para juru kamera. Dia hanya mampu pasrah dan mempamerkan senyumnya ke arah kamera sambil memegang skirt mininya tersebut. Dia tidak mahu paparazzi mendapatkan gambar yang akan membuatkannya malu.
Kim memang sedang menjadi perhatian kerana ramai selebriti yang mengecam keluarga Kardashian kerana menjual kehidupan peribadi dengan harga mahal. Mereka menganggap keluarga Kardashian melakukan tindakan yang bodoh.