Searching...
Saturday, 24 March 2012
16:22 0

Panas ! "Hati Saya Sudah Beku Dengan Azwan" - Didie Alias

MENERUSI program baru di Astro Ria (Saluran 104), Propaganza pada Ahad lalu, pengacara sensasi Azwan Ali telah meminta maaf secara terbuka kepada Datuk Siti Nurhaliza, Adlin Aman Ramlie, Adibah Noor, Didie Alias dan Ifa Raziah.

Walaupun begitu, Didie Alias yang masih belum menonton rakaman rancangan itu agak berat hati untuk memaafkan kesilapan Azwan terhadap dirinya. Bagaimanapun, bakal pengacara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (8 April 2012) itu, menasihatkan agar Azwan memohon keampunan daripada Tuhan.

"Azwan mahu minta maaf untuk apa? Bukankah dia sudah minta maaf dengan saya sebelum dia berangkat untuk mengerjakan umrah baru-baru ini? Apapun, saya rasa lebih elok jika dia memohon keampunan daripada Tuhan lebih dulu.

"Saya rasa tidak guna dia mohon maaf, jikalau dia masih mengulangi kesilapan lalu. Sama ada ikhlas atau tidak, hanya Tuhan saja yang tahu.

"Terus terang, bukan saya nak bermusuh dengan dia. Sebaliknya, andai kata kami berjumpa selepas ini dan menegur saya, saya akan terima dengan hati terbuka. Saya tidak mahu memanjangkan lagi cerita ini. Kami sudahpun tua dan masing-masing tahu apa yang patut dilakukan",katanya.

Meneruskan penjelasan, Didie memberitahu dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat AZwan yang pernah bekerjasam dengan dirinya melalui program Tiada Lama Tiada Baharu, Satu-Satunya di saluran RTM , tahun lalu.

"Setakat ini, Azwan masih belum datang berjumpa saya untuk meminta maaf. Malah, dia belum menghubungi saya menerusi telefon. Saya rasa kalau betul dia ikhlas meminta maaf, dia boleh hubungi terus tanpa menggunakan pihak media.

"Saya rasa tidak salah kalau dia telefon saya. Dia pun masih menyimpan nombor telefon saya. Sekali lagi, saya tidak mahu panjangkan cerita ini lagi. Untuk 2012 ini, hati saya sudah beku untuk rasa kecil hati dengannya", ujar Didie.

Dalam pada itu, Didie turut menjelaskan Azwan telah melakukan kesilapan yang sama pada dirinya dengan empat selebriti lain yang disebutkan itu.

"Saya tahu, dia buat kesilapan sama terhadap kami sebagai bahan untuk mempromosikan dia. Dalam erti kata lain, dia buat untuk kepentingan dia saja. Semuanya agar masyarakat mengikuti perkembangannya. 

Dia suka membuat publisiti. Bagi saya, tidak guna kalau saya membuat sebarang laporan atau tindakan ke atasnya. Saya harap dia betul-betul ikhlas memohon maaf dari yang mencipta kita". jelasnya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...